Biodata

Biodata penuh Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam

Dilahirkan pada tanggal 27 Julai 1969 di sebuah perkampungan di pinggir sungai perak iaitu kampung Alor Kechor, layang-layang Kanan, Parit, Perak. Merupakan anak keenam daripada 7 orang adik beradik. Ayah bekerja sebagai penoreh getah, pesawah padi dan membuat kerja-kerja kampung, sementara ibu pula seorang surirumahtangga sepenuh masa. Ayahanda telahpun kembali kerahmatullah semasa saya belajar di Mesir, Semoga Allah merahmati rohnya dan digolongkan dikalangan solihin… Amiiin. Sementara Bonda pula masih lagi alhamdulillah sihat sejahtera. Semoga Allah merahmati dan memberkati usianya.

Saya adalah anak kampung yang hidup serba kekurangan tapi sangat teruja dengan kehidupan di desa yang penuh dengan ketenangan. Sawah padi, kebun buah-buahan, ladang getah, kelapa sawit…. sungai dan seumpamanya mempunyai memori menarik membentuk peribadi saya. Alhamdulillah walaupun serba kekurangan ayahanda tidak perlu lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya menyengolahkan saya. Pendidikan saya, bermula di Sek. Kebangsaan layang-layang Kanan dan Sekolah Agama Rakyat Al-Yunusiah dari darjah satu hingga darjah enam. Disinilah saya diasuh untuk kenal huruf rumi dan huruf hija’i. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah mendidik saya ketika ini. Ucapan terimakasih ini juga ditujukan kepada kekanda tercinta Puan Nur Fauziah yang sebenarnya merupakan bukan sahaja kakak tapi guru dan pembakar semangat bagi diri yang lemah ini. Semoga kehidupan kekanda dan keluarga sentiasa dibawah petunjuk dan bimbingan Ilahi. Semoga amal mulia para pendidik saya ini diterima Ilahi sebagai amal soleh yang memberatkan timbangan amal mereka di sisi Ilahi… Amiiin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: