Sesi Persekolahan Tahun 2015 telah bermula

Hari ini Isnin 12 Januari 2015 telah bermula sesi persekolahan bagi tahun ini setelah ditangguhkan akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak bulan disember lalu.

Sebagai seorang yang telah berkecimpung dalam bidang pendidikan hampir 20 tahun, saya ingin mengajak para ibubapa agar sentiasa prihatin dan mengambil berat perkembangan persekolahan anak-anak dengan sebaik mungkin. Pastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik sama ada di peringkat rendah mahupun menengah. Disamping itu pendidikan agama mereka jangan diabaikan. Pastikan anak kita menjaga solat mereka dan mampu membaca alquran dengan baik.

Dunia hari ini dengan pelbagai cabarannya menuntut ibubapa untuk meluangkan masa mereka untuk anak-anak walau sesibuk mana sekalipun mereka. Ambillah pengajaran daripada kerosakan jatidiri umat melayu Islam yang semakin membimbangkan hari ini untuk kita lebih bertanggungjawab terhadap anak-anak kita. Peristiwa beberapa orang gadis Melayu Muslim yang kelakuan tidak senonoh semasa menghadiri konsert kumpulan k-pop B1A4 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini sewajarnya membuka mata para ibubaba dan anggota masyarakat melayu muslim agar melihat semua isu pendidikan anak-anak dengan serius.

Marilah kita pastikan agar pendidikan yang diperolehi oleh anak-anak kita bukan sekadar menjanjikan kecemerlangan akademik semata tetapi juga membina jatidiri mereka sebagai muslim. Sesungguhnya tiada guna pencapaian akademik yang cemerlang tetapi akhlak dan agamanya tercalar. Kita mahu anak kita cemerlang agama, akademik dan juga peribadinya, Musuh-musuh Islam sentiasa bekerja untuk memastikan anak-anak kita tidak dididik dengan pendidikan yang berteraskan kepada tauhid dan membentuk jatidiri muslim mereka. Mereka menggunakan segala peluang dan kesempatan untuk merosakkan jatidiri umat ini khususnya melalui bidang pendidikan.

Menuntut ilmu adalah jihad dan ibadat. Marilah kita bimbing anak-anak kita untuk menuntut ilmu dengan sebaik mungkin demi masa depan ummat ini.

Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam

Timbalan Pengarah Akademi Ikatan Muslimin Ipoh.

JK Pusat Ikatan Muslimin Malaysia.

12 Januari 2015

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: