Cetusan Minda : Ukhuwwah Fillah Siri 4

Cetusan Minda : Ukhuwwah Fiillah Siri 4.

IMG-20140928-WA0000

Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya berada di bumi Mesir yang penuh dengan sejarah dan peristiwa dalam membentuk peribadi dan mematangkan saya untuk memahami agama Allah yang suci ini. Sesungguhnya ukhuwwah yang dibina atas asas iman mempunyai keistimewaan, kekuatan dan kemanisannya yang tersendiri. Nikmat ini tidak dapat dirasai kecuali oleh mereka yang melalui dan merasainya.

Sesungguhnya Allah telah memuliakan saya dengan dapat mengecapi kemanisan berkasih sayang ini. Saya tidak menemui kemanisan yang lebih hebat dan utama serta sempurna dalam berkasih sayang ini kecuali melakukan ibadat dan ketaatan kepada Allah.

Tiada ungkapan yang mampu menggambarkan nikmat kasih sayang ini dengan ungkapan bahasa manusia. Setiap orang yang merasai kenikmatannya tidak mengharapkan ganti selainnya bahkan seluruh kelazatan dunia berada jauh dari nikmat ini.

Mereka yang mengecapi kenikmatan ukhuwwah ini, apabila dia berpisah dengan sahabatnya kerana permusafiran atau selainnya dia akan merasai kepahitan bersendirian dan rindu untuk segera kembali bersama sahabat dan teman seperjuangannya.

Sekiranya manusia merasai nikmat kemanisan ukhuwwah ini nescaya mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Namun begitu ia adalah nikmat anugerah Ilahi yang diberikan kepada hamba-hambanya yang terpilih dan berjuang mencari redhaNya.

IMG-20140928-WA0002

Firman Allah:
“لو انفقت ما في الارض جميعا ما ألفت بين قلوبهم ولكن الله الف بينهم”
“Sekiranya kamu belanjakan segala apa yang ada diatas mukabumi ini, kamu pasti tidak mampu merapatkan hati-hati mereka tetapi Allahlah yang mampu merapatkan diantara hati-hati mereka”
(Surah : Al Anfaal 63)

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
Catatan semasa bermusafir di bumi Mesir
08 Zulhijjah 1435 \ 02 Oktober 2014

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: