Cetusan Minda: Ukhuwwah Fillah siri 3

Cetusan Minda: Ukhuwwah Fillah 3.

IMG-20140930-WA0009

Setelah hampir seminggu pemusafiran ini terkenang akan sahabat-sahabat yang pernah sama-sama berjuang untuk mendidik diri menjadi rijal bagi agama. Nikmat ukhuwwah dan kasih sayang kerana Allah masih terasa kesegaran hingga ke hari ini.
Untuk mereka dan para amilin yang bekerja untuk Islam saya tujukan secara khusus pesanan Dr Majdi Al Hilali ini.
Akhi Fillah,
Tahukan kamu kenapa saya menyayangi dan mengasihi kamu?
Anda adalah sahabat yang paling saya kasihi dikalangan manusia selepas Rasulullah s.a.w.
Saya telah menyaksikan kamu menjauhi golongan pelaku maksiat, kamu bersama dengan kelompok manusia yang beriman.

Saya juga melihat anda mendekati golongan para mujahidin yang memperjuangkan agama ini, kamu menyertai mereka dan berlumba-lumba berkorban apa sahaja yang dimiliki samada masa, kesungguhan, harga dan jiwa raga untuk mendaulatkan agama Allah.

Anda sangat memahami jalan perjuangan bersama pada jalan Allah ini, jalan yang panjang dan berliku-liku, jalan yang susah dan penuh dengan ujian serta rintangan. Apatah lagi di zaman hidup kita ini yang penuh dengan dugaan. Oleh bagaimana mungkin saya tidak mengasihi dan menyayangi anda.

Cinta dan sayang saya kepada saudara adalah bukti hidupnya iman dalam hati saya. Ingatlah Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الايمان: ان يكون الله ورسوله أحب اليه من سواهما, وان يحب المرء لا يحبه الا لله, وان يكره أن يعود في الكفر بعد أن أنقذه الله منه كما يكره ان يقذف في النار” متفق عليه.
“ 3 perkara sesiaapa memiliki akan merasai kemanisan Iman: Dia menjadikan Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada selain kedua-duanya, Dia mengasihi seseorang tidaklah melainkan hanya kerana Allah dan dia enggan untuk kembali kepada kekufuran selepas diselamatkan Allah darinya sebagaimana dia enggan untuk dicampak ke dalam neraka. (Muttafaqun Alaih)

Catatan Perjalanan dari bumi Mesir.
Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
07 Zulhijjah 1435 \ 01 Oktober 2014

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: