Ukhuwwah Fillah siri 1

kenangan bersama

Cetusan minda : Ukhuwwah Fillah Siri 1.

Persaudaraan kerana Allah adalah satu anugerah Ilahi yang sangat istimewa. Kenikmatan dan keindahannya tidak mampu diungkapkan oleh bahasa puitis mahupun kata-kata yang berbunga. Ia hanya dapat dinikmati oleh mereka yang melaksanakannya dengan sebaik mungkin semata-mata kerana Allah.

Doktor Majdi Al Hilali ketika membicarakan bab ini mengingatkan kita, sesungguhnya persaudaraan atas asas iman adalah semulia-mulia ikatan.

Biasanya ikatan sesama manusia terikat dengan kepentingan tertentu. Hubungan ini hanya berterusan apabila segala kepentingan itu tercapai dan sebaliknya ikatan ini akan terungkai apabila segala kepentingan tersebut gagal direalisasikan.

Persaudaraan kerana Allah amat berbeza dengan bentuk ikatan diatas. Hubungan yang dibina berteraskan iman mempunyai ikatan yang cukup istimewa. Ianya bermula dengan Izin Allah dan terlaksana dikalangan hamba pilihan Allah. Allahlah yang mentautkan hati-hati tersebut tanpa sebarang kepentingan duniawi yang sementara.

Kekuatan persaudaraan yang bertunjangkan keimanan ini adalah kukuh dan utuh serta tidak mampu dirungkaikan oleh musuh kerana Allah yang memeliharanya dan membajai kesuburannya.

Benarlah sabda nabi junjungan Muhammad s.a.w:-
أوثق عرى الايمان الحب في الله والبغض في الله
“Sekuat-kuat ikatan iman adalah : Berkasih sayang dan benci membenci kerana Allah”.

Menyedari besarnya kedudukan persaudaraan ini, adalah menjadi keutamaan setiap individu muslim untuk memelihara ikatan ini, membajainya, memastikan kesinambungannya dan menyuburkannya dalam praktikal kehidupan.

Catatan Perjalanan dari bumi Mesir.
Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
05 Zulhijjah 1435 \ 29 September 2014

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: