Cetusan Minda: Ukhuwwah Fillah siri 2

IMG-20140925-WA0005

Cetusan Minda : Ukhuwwah Fillah 2.
Dalam perjalanan musafir kali ini sempat singgah di maktabah I’lam, Abdul Rasul dan membeli sedikit buku untuk di bawa pulang ke tanahair. Antara yang sempat untuk dikongsikan bersama ialah buku kecil tulisan Doktor Majdi Al Hilali ini yang bertajuk: Risalah kepada saudara seIslamku.

Pengertian berkasih sayang kerana Allah sebenarnya ialah: Setiap kita mengasihi saudaranya mengikut apa yang disukai Allah. Kita berkasih sayang bukan kerana kepentingan peribadi.

Kita mengasihi Rasulullah s.a.w kerana Allah mengasihi baginda dan memerintahkan kita berbuat demikian. Kita berkasih sayang sesame muslim dan membenci golongan kafir juga kerana perintah Ilahi.

Kita lebih mengasihi seorang muslim yang beriltizam dengan segala perintah Allah daripada muslim yang lalai dan melakukan maksiat . Ianya bukan bermakna kita bencikan peribadi tersebut tetapi sebenarnya kita bencikan mereka kerana melakukan perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah.

Kita menyukai Mukmin yang kuat lebih daripada Mukmin yang lemah kerana Allah mengasihi kekuatan mereka. Kita menyayangi jemaah yang sentiasa menghidupkan masjid dan sunnah daripada golongan yang sebaliknya.

Kita mencintai golongan mujahidin yang berjalan diatas kebenaran untuk mendaulatkan Agama Allah dari golongan yang berpeluk tubuh @ golongan yang menyeleweng dari jalan jihad yang sebenar.

Ringkasnya : menjadi kewajipan kepada kita untuk mengasihi seseorang mengikut kadar sifat yang dimiliki yang dikasihi Allah dan kita membencinya juga dengan menggunakan neraca tersebut.

Neraca kita sepatutnya mengasihi dan membenci seseorang berdasarkan sejauh mana dia miliki sifat yang dikasihi Allah dan sifat yang dimurkai Allah. Kita kasih dan benci bukan kerana kecenderungan peribadi kita terhadap seseorang.

Firman Allah : قل ان كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله
” Katakanlah Wahai Muhammad s.a.w : Sekiranya kamu kasihkan Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihi kamu”. Surah Al Imran: 31.

Salam Permusafiran dari Cairo, Mesir.
Shaharuzzaman Bin Bistamam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: