Kami mencintaiMu Ya Rasulullah

Kami Mencintai Mu Ya Rasululullah

Image

.

Salam sejahtera keatasMu utusan Allah …. Salam sejahtera keatasMu wahai kekasih Allah,

Kami menjadi saksi bahawa Engkau telah melaksanakan amanah dakwah Allah dan menyampaikannya dengan sempurna. Engkau telah menyantuni Ummah dan berjuang pada jalan Allah hingga saat kematianMu. Kami menjadikan Allah sebagai saksi bahawa sesungguhnya kami amat mencintaiMu ya Rasulullah. Kami juga mengasihi mereka yang mencintaiMu. Mudah-mudahan dengan kecintaan ini melayakkan kami untuk meminum air telaga khauthar dari tanganMu yang mulia. Air yang sesiapa dapat meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.

 

Wahai Rasulullah ,

Kami mengasihimu kerana ianya syarat untuk mendapat:-

  1. Kesempurnaan Iman

“لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين”.

Sabda baginda yang bermaksud:-

“Tidak akan sempurna iman seseorang kamu sehingga Aku lebih disayanginya daripada Ayahnya, Anaknya dan manusia seluruhnya”.

 2.Kecintaan Allah

 ﴿قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ﴾

Firman Allah yang bermaksud:-

“ Katakanlah (wahai Muhammad)sekiranya kamu benar-benar kasihkan Allah maka hendaklah kamu mengikuti Ku pasti Allah akan mengasihi kamu” Surah Al-Imran: 31

 3. Kemanisan Iman

 

ثلاثٌ من كُنَّ فيه وجد حلاوةَ الإيمانِ: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما، وأن يُحب المرءَ لا يُحبه إلا لله، وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يُقذف في النار.

Sabda Baginda yang bermaksud:-

“ 3 perkara yang sesiapa memilikinya akan merasai kelazatan iman: Dia menjadikan Allah dan Rasulnya lebih dikasihinya selain dari dari keduanya, Dia mengasihi seseorang kerana Allah dan Dia enggan untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia tidak mahu dirinya dicampakkan ke dalam neraka”.

Image

4. Menjadi temanMu di syurga

 

سأل صحابي رسول الله- صلى الله عليه وسلم- إنَّ الرجلَ يحب القوم ولم يلحق بهم، فقال- صلى الله عليه وسلم

-: المرء مع من أحب.

Seorang Sahabat bertanya Rasulullah s.a.w: Seorang lelaki mencintai kaumnya, adakanh dia tidak akan mengikut mereka?. Jawab Baginda s.a.w: “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dikasihinya”.

 5. Suri teladan yang terbaik

 

قال تعالى  ﴿لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا﴾.

Firman Allah:-

Sesunguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w suri teladan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan beriman dengan hari akhirat serta sentiasa berzikrullah.  (surah al ahzab: 21)

 6. Menjadi penerus risalah para nabi dan rasul

 

لأنك دعوة إبراهيم ﴿رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمْ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (129) (البقرة.

Wahai Nabi Allah, Engkau adalah penerus dakwah Nabi Allah Ibrahim a.s.

Firman Allah:

               “ Wahai tuhan kami utuskanlah pada mereka (penduduk Mekah) seorany utusanMu dari kalangan mereka yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Mu dan mengajarkan mereka Al-Kitab (Al_Quran) dan Hikmah serta mensucikan hati mereka sesungguhnya Engkaulah tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (AL-Baqarah: 129)

 

Sabda baginda s.a.w: “أنا دعوة أبي إبراهيم وبشارة أخي عيسى”.

“ Aku adalah penerus dakwah ayahku Ibrahim a.s dan pembawa berita gembira yang disebut oleh saudaraka Isa a.s.”.

 

Ya Rasulullah,

 

Semoga dengan memperingati hari keputeraan dan menghayati sejarah hidupmu yang agung menjadi penguat kepada kami untuk terus memikul beban dakwah ini dan melayakkan kami untuk mendapat syafaatMu dan menghuni syurga Ilahi.

 Image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam

Ketua BTC Isma Cawangan Ipoh

Timbalan Pengarah Eksukutif Akademi Ikatan Muslimin Ipoh.

10 Rabiulawal 1434h

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: