Memperingati Peristiwa 28 september 2000 Ariel Sharon dan Pencerobohan Masjid Aqsa

ان الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذبالله تعالى من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا. من يهد الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادى له.و أشهد ان لااله الاالله وحده لا شريك له وأشهد ان محمدا عبده ورسوله وصفيه وحبيبه الذي بلغ الرسالة وأدى الأمانة و نصح الأمة وجاهد في الله حق جهاده حتى اتاه اليقين . أللهم صل وسلم على هذاالنبي الأمي وعلى اله وصحبه أجمعين, أما بعد,
فيا عبادالله اتقوا الله أوصيكم و اياي بتقوى الله فقد فاز المتقون.
,Sidang jumaat yang dimuliakan Allah
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian agar kita sentiasa berusaha meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah kerana ia adalah jalan untuk kita mendapat keredhaan dan keampunan Ilahi.
فرمان الله تعالى:
ومن أظلم ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه وسعى في خرابها أولئك ما كان لهم ان يدخلوها الا خائفين لهم في الدنيا خزى ولهم في الأخرة عذاب عظيم …{البقرة 114}
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang melarang menyebut nama Allah di rumah2nya dan mereka berusaha merobohkannya. Mereka sekali-kali tidak memasuki rumah2 Allah itu kecuali di dalam keadan takut. Bagi mereka kehinaan di dunia dan azab yang pedih di akhirat.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Tragedi yang sedang berlaku di bumi Palestin amat menyedihkan. Usaha meruntuhkan rumah-rumah Allah (Masjid) berterusan tanpa ada penghujungnya sehingga kini. Sejak dari tahun 1948 telah lebih 1200 buah masjid diroboh oleh rejim Israel.
Apa yang sedang mereka lakukan di masjid aqsa yang merupakan antara lambang kemuliaan ini adalah satu jenayah yang mesti segera dihentikan.

Pada tanggal 28 sept tahun 2000, Ariel Sharon yang ketika itu mengetuai golongan kanan pelampau Yahudi dengan diiringi 3,000 tentera Yahudi telah masuk ke perkarangan Masjid Aqsa dan mencemarinya. Beliau telah berdiri berhadapan dengan Masjid Qub’ah Sakhra’ (Masjid Kubah Batu) dan mengiklankan di atas keruntuhan masjid ini akan didirikan “The King Soloman Temple”.
Semasa beliau melakukan jenayah ini Perdana Israel ialah Ehud Barak. Kerajaan Haram Israel ketika itu sedang menghadapi tekanan dari penduduk Palestin yang menuntut hak mereka untuk hidup dengan aman. Tindakan yang dilakukan oleh Ariel Sharon itu telah berjaya mengalihkan isu kemarahan rakyat Palestin kepada kerajaan Israel pimpinan Ehud Barak. Tindakan ini juga telah menyebabkan kebangkitan umat Islam di Palestin yang menentang pencerobohan tersebut dan berlaku intifadah yang dinamakan intifadah al aqsa al Mubarak. Bahkan tindakan ariel Sharon telah menyebabkan kemarahan masyarakat Islam seluruh dunia dan juga dunia barat. Bahkan Ariel dianggap telah mengusik sensitiviti umat Islam.
Tapi malangnya Israel tidak menghiraukan apa yang berlaku apabila berlangsung pilihanraya 2001, Ariel telah dipilih menjadi Perdana Menteri Israel dan bermulalah jenayah dan pencerobohan yang lebih terancang dan licik ke atas masjid aqsa. Sebagai contoh sikap pihak keselamatan Israel terhadap golongan pelampau Yahudi yang memasuki masjid aqsa, sebelum ini mereka menghalang pelampau yahudi memasuki masjid ini tapi kini mereka mempertahankan golongan pelampau ini bahkan menangkap serta menghalang umat Islam dari menghalang golongan ini memasuki masjid aqsa.
Ariel Sharon adalah antara ribuan penjenayah yahudi yang melakukan berbagai kezaliman dan pembunuhan keatas saudara seagama kita di Palestin. Antara kezaliman yang pernah dilakukan oleh beliau ialah penyembelihan umat Islam semasa peristiwa Shabra dan Shatila. Akhirnya orang yang zalim ini dengan kekuasaan dan ketentuan hari ini telah menjadi bangkai yang tidak berjaya semenjak tahun 2006 hingga kini. Hidup terus dalam keadaan koma dan dengan bantuan alat pernafasan tanpa menyedari apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Ini Adalah peringatan Allah kepada mereka yang zalim dan berusaha meruntuhkan rumah Allah.

Sidang Jumaat Yang dikasihi,
Namun begitu orang-orang Yahudi tetap degil dan tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa ini dan meneruskan agenda penentangan terhadap Allah dan RasulNya sebagaimana nenek moyang mereka terdahulu.
Perkembangan terakhir yang sedang berlaku berkaitan isu Masjid Aqsa ialah Parlimen Israel telah pun di desak supaya menyegerakan pembinaan rumah berhala mereka diatas keruntuhan masjid Aqsa.
Bagamainakah perkara ini boleh berlaku? Apakah puncanya ?Di manakah peranan kita sebagai umat Islam yang mewakili 1/5 penduduk dunia? Inilah persoalan2 yang perlu kita jawab dengan adil dan berlandaskan aqidah dan keimanan kita.
Syeikh Raed Solah seorang pejuang pembebasan masjid aqsa berkata, punca sebenarnya Al Aqsa diancam dan berada di dalam situasi sekarang ini ialah kerana kecuaian dan kealpaan kita umat Islam dalam mempertahankan tanah suci ini. Bahkan pihak musuh berjaya memecahbelahkan kekuatan umat ini dengan licik sekali.
Sebagai contoh dalam isu Palestin musuh telah melabelkan umat islam kepada dua kelompok iaitu:-
1. Mereka yang menentang pencerobohon Israel keatas Palestin dianggap sebagai golongan pelampau agama, kuno dan tidak terbuka untuk berbincang,.
2. Mereka yang menerima pencerobohan ini dan tidak menentangnya dianggap sebagai golongan islam yang moden, bertolak ansur dan sedia berbincang.
Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak membiarkan musuh memecahbelahkan perpaduan kita. Kita perlu segera berpakat dan mencari jalan untuk bersatu kerana inilah satu-satunya jalan untuk mempertahankan masjid al aqsa dari agenda zionis dan ia juga adalah jalan untuk mengembalikan kegemilangan umat ini.
Sesungguhnya kita menjadi lemah dan hina kerana kita makin menjauhkan diri kita dari pedoman Ilahi dan kita berpecah belah. Marilah kita hayati ingatan Allah dalam Firman Nya:
Surah Al Imran 113.
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah seluruhnya dan jangan kamu berpecah belah”.

Menjadi kewajipan untuk kita mendalami dan mempelajari Islam dengan sebaiknya untuk memudahkan kita bersepakat dan bersatu padu. Hari-hari yang mendatang perlu kita manfaatkan untuk kembali mendidik diri kita mencintai Allah dan Rasulnya serta mencari jalan kepada perpaduan dan kesatuan umat Islam khususnya di tanahair tercinta ini dan di seluruh dunia Islam.
Tidak cukupkah dengan provokasi musuh yang menghina umat ini, Nabinya dicerca,Al Qurannya dipijak dan Al Aqsa bakal dihancurkan? Adakah layak untuk kita terus berpeluk tubuh dan berdiam diri. Ayuhlah kita makmurkan solat jamaah di masjid, kita penuhi pengajian2 ilmu dan kita tingkatkan amalan kita untuk menjadi golongan bertakwa yang sebenarnya.
وتزودوا فان خير الزاد التقوى
Firman Allah:-
Dan Ambillah bekalan kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah ketaqwaan.
بارك الله لي ولكم في القرأن العظيم ونفعني واياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم, فاستغفروه انه هو الغفور الرحيم.
Jumaat 28 september 2012
Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam
Imam Masjid Sungai Rokam Ipoh
Pengerusi Aman Palestin Perak
Ketua Biro Tarbiah Ikatan Muslimin (ISMA) Cawangan ipoh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: