Sesi soal jawab bersama Syeikh Raed Solah

Bersama Syeikh Al Aqsa Syeikh Raed Solah (Siri 1: Seminar Selamatkan Al Aqsa dari ancaman Zionist)

Sesi soal jawab bersama Syeikh Raed Solah

Soalan Pertama:-

Adakah di sana pendekatan tarbiah yang tuan syeikh boleh kongsikan untuk mendidik anak agar mencintai bumi Palestin?

Jawapan Syeikh:-

Bagi saya tarbiah (pendidikan) islamiah adalah amat penting untuk mengembalikan kemuliaan umat ini. Sebenarnya banyak pendekatan yang boleh kita gunakan untuk mendidik anak-anak mencintai al aqsa dan bumi Palestin. Bagi kami di bumi Palestin 48 kami sekarang menguruskan 20,000 kanak-kanak dan fokus utamanya ialah memastikan masa depan mereka lebih baik dari kami. Jatidiri mereka sebagai muslim dan berada di barisan hadapan umat ini mempertahankan bumi Al Aqsa sentiasa kami suburkan. Saban tahun kami mengadakan pertandingan mewarna, pidato, nasyid dan seumpamanya untuk mengikat kecintaan mereka kepada bumi ini.

 Untuk bayi-bayi kecil cubalah kita mencontohi para ibu di Algeria yang sering mendodoikan akan mereka sebelum tidur dengan ungkapan { يا محرر الأقصى} “Wahai Pembebas Al Aqsa” sehinggakan anak mereka enggan tidor selagi tidak dinyanyikan dengan ungkapan tersebut. Sekiranya para ibu di Palestin, Mesir, Syria, Malaysia dan selurh dunia Islam sejak kecil lagi mendidik anak mereka seumpama ini pastikan lahir Solahuddin Al Ayyubi yang kedua.

Soalan Kedua:-

Apa pandangan Tuan Syeikh seandainya hasrat Zionist untuk membina the king Solomon temple diatas keruntuhan masjid aqsa benar-benar berlaku?

Jawapan Syeikh:-

Kita sebagai Muslim dalam menjawab sebarang persoalan sumber rujukan utama kita adalah Al Quran dan As Sunnah. Apabila kita meneliti Al Quran berkaitan Masjid Aqsa antaranya Firman Allah yang bermaksud : Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambannya (rasulullah s.a.w) pada malam hari daripada Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya… (surah al isra’: 1)

Bagaimana generasi sahabat ridwanullah alaihim membaca ayat ini dan masjid aqsa wujud, seterusnya generasi Tabi’en, Tabi’ dan Tabi’en dan seterusnya generasi kita ayat ini di baca dan Al Aqsa masih wujud walaupun usaha untuk meruntuhkannya telah berlangsung sejak sekian lama.

Inilah hakikat kebenaran yang dinyatakan oleh Al Quran Bumi Aqsa adalah bumi barakah… Kebarkahan akan berterus hingga ke hari kiamat. Hasrat dan angan-angan  Zionist untuk merobohkan Masjid Aqsa tidak akan tercapai kerana ia bertentangan dengan hakikat Al Quran yang menjamin kewujudan dan kebarkahan masjid ini ke hari kiamat.

Apa yang mampu dilakukan oleh golongan Zionist hanya meruntuh sebahagian kecil dari masjid ini dan mereka tidak mampu meruntuhkan keseluruhannya apatah lagi untuk membina rumah berhala mereka. Para Ilmuwan Silam umat ini mengatakan “ Kota Al Quds tidak akan mampu dimakmurkan oleh Para Penzalim” Ungkapan ini bermaksud bahawa bumi Al Quds sekiranya dijajah dan dikuasai oleh penjajah yang zalim ia tidak akan kekal selama-lamanya dalam keadaan demikian. Allah pasti akan menghantar tentera muslim untuk membebas dan memakmurkannya.

Oleh itu kami yakin Israel pasti akan hancur di sini dan generasi muslim sampai bila-bila pasti akan terus melihat kewujudan Al Aqsa dengan izin Allah. Bahkan dalam satu hadith panjang yang lain Nabi s.a.w menjelaskan bahawa Kota Al Quds akan menjadi ibu Negara bagi khilafah Islamiah akhir zaman selepas turunnya Imam Mahdi.

Soalan Ketiga:-

Apakah Hukum Menziarahi Al Aqsa selagimana ia berada dibawah kekuasaan Kerajaan Israel?

Jawapan Syeikh:

Untuk menjawab soalan ini saya tidak mahu mendahului para ulama’ yang hebat ilmu mereka. Anda boleh merujuk pendapat dan pandangan mereka, bagi saya pandangan yang di dokong oleh Prof Dr Yusof Al Qardawi yang tidak mengharuskan ziarah ke masjid ini selagimana ia dijajah musuh dan selagimana tiada maslahah (keperluan) syara’ yang kuat untuk mengharuskannya maka ia kekal haram. Inilah pandangan yang saya pegang. Sekiranya ada dikalangan Para Pemimpin Negara Umat Islam yang mengadakan hubungan dua hala yang mengiktiraf kewujudan Israel hukumnya adalah haram. Sekiranya ada para wartawan muslim yang ingin masuk membuat liputan dan rencana yang berkaitan dengan masjid ini dan anacaman yang sedang berlaku keatasnya dan seterusnya menyebarkan maklumat tersebut kepada dunia seluruhnya ianya adalah harus.

 

(Ini adalah sebahagian daripada persoalan yang dikemukan kepada Syeikh Raed yang sempat saya catatkan)

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam

Ketua Biro Tarbiah ISMA Caw Ipoh

Pengerusi Aman Palestin Caw Perak

Penterjemah Slot Syeikh Raed Solah

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: