Bersama Syeikh Raed Solah (sambungan)

Bersama Syeikh Al Aqsa Syeikh Raed Solah (Siri 1: Seminar Selamatkan Al Aqsa dari ancaman Zionist) (sambungan)

Masjid al aqsa di kepung dari segenap penjuru oleh Penjajah Israel.

Satu perkara lagi yang amat menyedihkan yang sedang berlaku di Masjid Al Aqsa ialah bagaimana usaha berterusan penjajah yahudi untuk menguasai dan merampas tanah milik orang Palestin di sekitar masjid mulia ini. Semakin hari mereka berjaya mengusir orang Palestin dari rumah mereka dan membina penempatan haram Yahudi. Pembinaan Tembok Pemisah juga telah menyebabkan Masjid ini telah terpisah dengan sebahagian umat Islam  dan menyusahkan mereka untuk mengimarahkannya.

Bahkan kota Alquds telah terpisah dari saudara-saudara Palestin yang ada di sekitarnya. Penduduk Ghaza mahupun penduduk Tebing Barat yang berada  berhampiran dengan kota tersebut tidak dibenarkan masuk ke kota Al Quds dan  Masjid Aqsa. Bahkan Umat Islam yang berada di luar Palestin sudah tentu menghadapi kesukaran yang lebih untuk masuk memberi bantuan kepada mereka yang berada di Al Quds dan Masjid Al Aqsa.

Umat Islam perlu ingat mereka selama-lamanya tidak merasai nikmat kebebasan dan keamanan sebenarnya selama mana kota Al Quds dan Masjid Aqsa di jajah oleh Israel. Nikmat kebebasan dan keamanan yang hakiki hanya akan dirasai oleh kita umat Islam apabila tanah barakah Isra’ dan Mi’raj dapat dibebaskan dari dicemari dan dikotori oleh penjajah Zionist Yahudi.

Peranan Gerakan Islam (Palestin 48)

Kami telah pun menubuhkan beberapa badan kebajikan di dalam kawasan ini yang antara objektif kewujudannya ialah:-

  1. Menjadi barisan hadapan untuk mempertahankan tanah suci umat ini dari terus di rampas dan di cerobohi.
  2. Mengimarahkah masjid Aqsa dengan mengatur rombongan solat setiap hari, menghidupkan majlis-majlis ilmu secara tetap dan tersusun  yang dihadiri oleh mereka yang bersedia beriktikaf di situ serta menghalang pencerobohan pelampau Yahudi dari memasuki masjid Al Aqsa.
  3. Memelihara tempat sejarah dan mercu tanda Islam yang lain yang terdapat di Al Quds dan sekitarnya dari dirampas dan dimusnah oleh penjajah.
  4. Memberikan kesedaran dan kefahaman khususnya kepada Generasi Muda, Wanita dan Kanak-kanak berkaitan pertembungan yang sedang berlaku bahkan menyediakan program memastikan kecintaan dan keterikatan mereka dengan Masjid Aqsa serta memelihara identiti Islam mereka.
  5. Memberikan bantuan yang sewajarnya kepada penduduk yang kemusnahan tempat tinggal dengan mendirikan semula rumah mereka dan segala keperluan yang selayaknya. Bahkan menyediakan khidmat guaman kepada mereka yang dirampas tanahnya oleh penjajah Yahudi.
  6. Menjadi Wadah Media yang efektif untuk menyalurkan maklumat dan perkembangan isu ini kepada dunia luar khususnya Umat Islam.

Saya ingin menenangkan anda semua, anda jangan berasa ragu dan bimbang. Kami pastikan akan terus istiqamah berjuang untuk mempertahankan tanah suci ini. Walaupun segala kekejaman dan kerakusan Israel yang telah berlangsung sejak tahun 1917 hingga sekarang namun dengan izin Allah kami tidak pernah putus asa dan mengaku kalah kepada mereka. Bahkan kami yakin kemenangan semakin hampir.

 

Al Aqsa Dalam Bahaya

                Daripada penjelasan yang panjang lebar tadi jelas kepada kita suasana dan keadaan yang sedang berlaku di Kota Al Quds dan Masjid Al Aqsa. Penjajahan Israel dengan dokongan dan bantuan sekutu-kutunya terus mengganas dan mengancam kewujudan masjid Aqsa. Bahkan kini telah terdapat desakan dari dalam Parlimen Israel untuk menyegerakan projek pembinaan kuil tersebut di atas keruntuhan Masjid Aqsa.

                Bagi saya bahaya yang paling besar yang sedang menimpa Masjid Aqsa bukanlah semata-mata apa yang sedang dilakukan oleh Penjajah Israel keatas masjid ini. Bahaya sebenar yang sedang menimpa Al Aqsa ialah kealpaan umat ini tentang kedudukan dan kemuliaan masjid ini sehingga mereka tidak berjuang mempertahankan kesuciannya. Bahkan perpecahan yang berlaku dikalangan umat Islam kini menyebabkan berlaku perpecahan dalam mendokong perjuangan mempertahankan masjid ini. Musuh-musuh kita cukup licik dalam usaha memecahkan kesatuan umat ini. Lihat sahaja mereka telah membahagikan kita umat Islam kepada dua kelompok dalam isu Masjid Aqsa dan Palestin. Golongan umat Islam yang menentang pencerobohan dan penjajahan Israel di bumi ini dilabelkan sebagai pengganas, kolot dan pelampau agama sedangkan mereka yang mengiktiraf pencerobohan ini dianggap sebagai golongan moderate muslim, berfikiran terbuka dan bertoleransi dengan agama lain.

Bahkan musuh berjaya memahamkan kepada sebahagian umat ini, bahawa isu ini hanya isu orang palestin dan tiada kaitan dengan akidah Islam itu sendiri. Sehingga menyebabkan isu ini menjadi terpinggir dan Palestin hanya diperjuang dan dipertahankan oleh orang Palestin sahaja tanpa bantuan saudara seagama yang lain.

Bagi saya apa yang dilakukan oleh Israel kepada Masjid Aqsa hanya mewakili 10% daripada bahaya sebenar sedangkan kealpaan umat mewakili 90% daripada bahaya tersebut.

Oleh itu saya menyeru kepada umat Islam seluruhnya khususnya di Malaysia agar bangun dari kealpaan ini dan segera kembali mengangkat dan meletakkan isu ini sebagai agenda utama umat. Ayuhlah kita bersepakat dan bersatu untuk isu ini kerana kini adalah umat yang satu.

Formula Kebangkitan dan Pembebasan Kota Al Quds, Masjid Aqsa dan Palestin.

Pada pandangan saya perkara ini tidak mustahil untuk kita capai, bahkan seandainya anda sebagai generasi muda mampu memainkan peranan untuk menyatukan dua kelompok utama umat ini iaitu golongan ulama dan para pemimpin Negara umat Islam maka kemenangan adalah amat hampir bagi kita. Ulama dan Umara’ (para pemimpin Negara) sekiranya berjaya disatukan untuk berjuang membebaskan kota Al Quds, Masjid Al Aqsa dan Palestin. Sekiranya kedua-dua golongan ini bersepakat perpaduan dan kesatuan umat mampu diwujudkan dengan izin Allah. Marilah sama-sama kita gunakan isu palestin dan Masjid Aqsa untuk menyatukan umat ini. Bagi saya sekiranya usaha ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna beerti 99% kemenangan telah berada di tangan kita dan 1% lagi adalah masanya yang ditentukan Allah.

Beberapa bulan lalu saya menghadiri satu seminar di Turki. Seminar tersebut dihadiri oleh para pemuda dari seluruh dunia. Di penghujung seminar tersebut saya di beri kesempatan untuk berucap kepada para peserta. Lalu antara pesanan saya kepada generasi tersebut ialah.. ayuh mari kira bersepakat, apabila kalian semua balik kerumah masing-masing ungkapkan perkataan ini kepada ayah dan ibu anda, “Selamat tinggal ayah dan ibu, Pertemuan kita seterusnya adalah di Masjid Aqsa”. Selepas beberapa minggu saya mendapat maklumat daripada penganjur program tersebut bahawa ada seorang anak muda lelaki turki sebaik sahaja pulang dari seminar tersebut terus bertemu dengan ibubapanya dan mengungkapkan kata-kata yang saya sebutkan tadi. Ini membuktikan bahawa generasi muda umat ini masih hidup dan mampu untuk membuat perubahan dengan izin Allah.

Penutup:-

Marilah sama-sama kita berusaha mendidik kembali generasi yang mampu melahirkan semula para pemimpin Islam yang berjaya membebaskan Kota Al Quds, Masjid Al Aqsa dan bumi Palestin keseluruhannya seperti Saidina Umar Al Khattab, Solahuddin Al Ayyubi dan Sultan Qutuz.

Saya mendoakan kesatuan dan kepaduan umat ini dan kemenangan Islam semakin hampir. Mudah-mudahan Allah melahirkan Solahuddin dan generasi di kalangan anda Umat Islam di Malaysia yang bakal memimpin panji pembebasan Masjid Aqsa.

Hari ini kita berkumpul berbincang di seminar ini. Pertemuan kita yang akan datang dengan Izin Allah adalah di Masjid Al Aqsa. Kita akan sama bermunajat dan bersolat di sana dalam keadaan kita beroleh kemenangan membebaskan Al Aqsa dari penjajahan Israel.

Akhirnya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Aman Palestin dan Para petugasnya kerana telah bertungkus lumus menjayakan seminar ini. Dan tidak lupa juga kepada semua yang hadir kerana dapat meluangkan masa untuk berseminar pada hari ini.

(Catatan: Ini adalah sebahagian daripada intipati ucapan Syeikh Raed Solah semasa Seminar Selamatkan Masjid Al Aqsa dari Ancaman Zionist)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: