Perkongsian Bersama Syeikh Raed Solah Syeikh Al Aqsa Siri 1

Bersama Syeikh Al Aqsa Syeikh Raed Solah (Siri 1: Seminar Selamatkan Al Aqsa dari ancaman Zionist)

Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya milikMu Ya Allah. Saya merafa’kan setinggi2 pujian dan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kesempatan dan ruang yang diberikan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan bersama dengan Syeikh Al Aqsa Syeikh Raed Solah. Sebagai salah seorang yang telah terlibat secara langsung dengan Isu Palestin dan Al Aqsa sejak sekian lama dengan Aman Palestin Berhad kesempatan dan peluang ini adalah amat berharga buat saya.

Dalam ruang dan kesempatan yang ada ini saya cuba untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran yang saya dapat daripada tokoh palestin ini untuk tatapan dan renungan bersama. Diantara lontaran yang diberikan oleh Syeikh Al-Aqsa semasa Program Seminar Selamatkan Al Aqsa Dari Ancaman Zionist di Putrajaya pada 8 September yang lalu adalah seperti berikut:-

Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat

Sejarah telah membuktikan perjuangan membebaskan kota al quds dan masjid al aqsa telah disertai dan dipelopori oleh umat Islam di seluruh dunia.

Semasa di zaman Saidina Umar, Kota Al Quds berada di bawah kekuasaan kerajaan Rom. Para Sahabat Ridwanullah Alaihim Ajmain telah dari dari pelbagai pelusuk dunia Islam ketika itu untuk membebaskan kota suci ini. Akhirnya sebahagian daripada gugur syahid dan sebahagian yang lain berjaya menewaskan tentera Rom dan membebaskan kota Al quds dan masjid Al Aqsa.

Seterusnya perkara yang sama berlaku di zaman Panglima Besar Sultan Solahuddin Al Ayyubi beliau telah menyatukan kekuatan umat Islam khususnya di Mesir dan Syam (Syria) untuk membebaskan kota Al Quds dan Masjid Aqsa dari kekuasaan tentera Salib. Solahuddin telah berjaya mengalahkan tentera Salib yang mewakili 24 ketumbukan tentera Negara Eropah ketika itu.

Begitulah seterusnya di zaman khalifah Islamiah Turki Uthmaniah yang terakhir iaitu ketika di zaman Sultan Abdul Hamid yang kedua. Beliau telah didatangi oleh Theodor Hertzel yang menawarkan tawaran kewangan yang lumayan dengan syarat Sultan bersetuju menyerahkan bumi Palestin kepada Zionist. Sultan Abd Hamid dengan tegas menyatakan: “Tanah ini bukan milik aku tapi milik umat Islam. Ribuan syuhada’ telah berjuang mempertahankan kesuciannya…. Seandainya anda ambil gunting atau gergaji lalu anda gunting anggota tubuh badanku satu persatu, pasti aku tidak akan menyerahkan kepada kamu walau seinci pun dari tanah barakah ini…..

Antara penemuan terkini kami di kota al quds ini ialah terdapat perkuburan Islam Silam yang cukup besar yang bernama Ma’manillah. Disini kami menemui kubur para syuhada’ di kalangan para sahabat nabi s.a.w, para mujahid di kalangan tentera solahuddin Al Ayyubi dan juga dikalangan tentera Khilafah Turki Uthmaniah. Pasti di sini ada para syuhada’ yang datang dari semenanjung tanah arab, mesir, Syria dan lain-lainnya. Saya yakin sekiranya diteliti dengan halus mungkin ada di sini para syuhada’ yang dating dari Asia Tenggara ini khususnya Malaysia dan Indonesia.

Jelas kepada kita generasi dahulu umat ini telah berjuang bersungguh-sungguh mempertahan kota al quds dan masjid al aqsa dari serata pelusuk dunia Islam. Harapan Saya agar umat Islam kini segera bersatu dan berjuang untuk membebaskan kota suci umat ini sebagaimana generasi terdahulu.

 

Janji Rasulullah

Nabi s.a.w telah memberikan berita gembira kepada kita tentang kemuliaan tempat ini. Antaranya dalam satu hadith baginda yang bermaksud “ Akan berterusan ada sekolompok dari umatku yang berjuang diatas kebenaran dan mereka tidak dapat dikalahkan oleh golongan musuh”. Para sahabat bertanya dimanakah mereka wahai Rasulullah. Baginda menjawab “ Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.

Hadith ini telah mendorong generasi dahulu berjuang untuk membebaskan Al Quds dan bumi palestin keseluruhannya dan ia juga telah memberi kekuatan untuk kami di Palestin menjadi barisan hadapan umat ini berjuang mempertahankannya. Kami juga berharap agar saudara-saudara kami yang berada diluar Palestin berusaha memahami hadith ini dan tidak membiarkan kami bersendirian berjuang menentang penjajahan Israel yang sedang berlaku sekarang.

Projek Zionist

Sebenarnya kewujudan Negara Kaum Yahudi di bumi Palestin bukan sekadar didokong oleh orang-orang yahudi semata-mata tapi ia juga adalah perancangan kuasa besar dunia ketika itu khususnya kerajaan british dan Russia. Bahkan kewujudan bangsa Yahudi di Eropah dianggap sebagai penyakit yang amat berbahaya. Justeru ini apabila berlaku penjajahan keatas Negara umat Islam selepas perang dunia pertama ianya adalah satu perancangan yang cukup licik yang telah disepakati oleh kuasa-kuasa besar dunia ketika itu. British telah menguasai Palestin dan memeterai deklarasi balfour pada tahun 1917 yang mengisytiharkan Palestin sebagai Negara Kaum Yahudi. Ini telah mendorong perampasan tanah dan hak rakyat Palestin bermula dari tarikh tersebut hingga  ke hari ini. Bahkan Negara Haram Israel telah wujud secara terang-terangan pada 15 mei 1948 setelah British keluar dari bumi Palestin.

Apabila berlaku Perang Arab-Israel 1967, akhirnya Israel menguasai Palestin sepenuhnya, semenanjung Sinai di Mesir dan Bukit Gholan di Syria. Bermulalah pencerobohan haram Israel di kota Al Quds yang terdapat di situ Masjid Al Aqsa. Penggalian terowong secara giat telah dilakukan bermula dari tahun tersebut hingga ke hari ini. Sebenarnya usaha menggali terowong di bawah masjid al aqsa telah bermula sejak kurun ke 18 lagi. Alasan penggalian terowong ini adalah untuk mencari bukti kononnya wujud rumah ibadat yang mereka dakwa sebagai “The King Solomon Temple” di atas tapak masjid al aqsa. Setelah puluhan tahun penggalian tersebut berlangsung hingga ke hari ini tiada bukti sejarah yang dapat menyokong dakwaan tersebut. Bahkan sebahagian cendiakawan yang terlibat dapat usaha ini telah pun membuat kenyataan yang menyatakan kepalsuan dan pembohongan Yahudi dalam perkara ini. Penggalian terowong ini sekarang telah sampai ke batu asas binaan masjid al aqsa bahkan bahan kimia telah digunakan dalam penggalian ini untuk mereputkan binaan tersebut.

Bahagian Bab Magharibah sehingga hari ini telah dikuasai oleh Yahudi, Bahkan di situ terdapat tempat Nabi s.a.w mengikat buraqnya ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Bab al buraq sekarang telah ditukar oleh pelampau Yahudi menjadi dinding menangis. Tempat ini telah dijadikan lapangan ibadat untuk orang-orang yahudi.

Umat Islam di palestin yang berumur kurang dari 50 tahun dilarang untuk solat di dalam masjid aqsa. Bahkan balai polis Israel telah didirikan di dalam masjid aqsa.

Jenayah yang dilakukan oleh pengganas Israel adalah berterusan dan semakin hari semakin rakus tindakan dan kekejaman mereka. Antara jenayah tersebut tidak kurang daripada 1200 masjid telah dirobohkan dari dahulu hingga sekarang. Segala kezaliman dan kekejaman ini telah kami hadapi dengan keimanan dan kemampuan yang kami ada. Masjid yang masih hidup kami imarahkan dan mimbar jumaat telah menjadi tempat mendidik melawan kekejaman ini. Hasilnya Israel mengambil tindakan ganas dan kejam antara serangan keatas muslimin dan muslimat yang sedang solat subuh di masjid ibrahimmi yang bersejarah. Darah merah telah mengalir membasahi lantai rumah Allah tersebut. Ini adalah antara puluhan pembunuhan dan penyembelihan kejam tentera Israel di bumi Isra’ dan mi’raj.

Bahkan berlaku peristiwa bagaimana rumah Allah telah ditukarkan daripada tempat ibadah kepada pesta arak. Arak bukan sekadar diminum di situ tetapi juga ditumpahkan di dalam rumah Allah dengan sengaja dan terancang.

Israel mendapat sokongan dan dokongan daripada kuasa-kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan Britain. Segala senjata canggih dan peralatan perang moden secara loji nuclear dimiliki oleh mereka. Sedangkan kita umat Islam berpecah dan tidak bersatu bahkan membiarkan saudara kita di Palestin bersendirian menghadapi musuh.

Kisah-kisah kesetiaan dan pengorbanan Umat Islam di Palestin:-

  1. Seorang Tua Palestin yang berumur hampir 90 tahun ditawar oleh Yahudi supaya menjual tapak rumahnya dengan harga jutaan ringgit. Lelaki tua itu berkata beliau setuju untuk menjualkan tapak rumahnya tapi dengan satu syarat iaitu Yahudi tersebut mesti mendapatkan tandatangan persetujuan dari seluruh umat Islam yang ada di dunia ini untuk mengizinkan beliau menjual tanah tersebut. Bahkan lelaki tua itu berkata yahudi tersebut perlu mengambil tandatangan semua anak orang Islam yang bakal lahir hingga ke hari kiamat bagi membolehkan dia menjual tanah tersebut. Wakil Yahudi itu menggeleng kepalanya dan berkata syarat ini mustahil dapat dilaksanakan. Lalu lelaki tua itu berkata dengan penuh kemuliaan jadi adalah mustahil bagi aku untuk menjual kepada kamu tanah ini, kerana ianya seperti aku menjual agamaku kepada kamu. Ini adalah perkara yang sekali-kali tidak akan berlaku.

 

  1. Kisah seorang kanak-kanak di kota Al Quds yang mendengar berita Pelampau-pelampau Yahudi akan menceroboh masuk kedalam masjid aqsa pada keesokan harinya. Lalu kanak-kanak tersebut pada malam sebelumnya telah masuk tidur awal dan berhasrat untuk menghalang usaha keji pelampau2 Yahudi tersebut. Dengan kekuasaan Allah pada malam tersebut, kanak-kanak ini telah bermimpi berjumpa rasulullah s.a.w. dalam mimpi tersebut Rasulullah telah memberikan khabar gembira kepada beliau dan meminta agar merahsiakan khabar gembira tersebut daripada pengetahuan orang lain. Lalu keesokan harinya, kanak-kanak tersebut bertemu dengan ibunya dan meminta untuk pergi ke masjid al aqsa. Setelah mendapat keizinan, dia menceritakan kepada ibunya tentang mimpi tersebut. Lalu ibunya bertanya apakah berita gembira yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w itu, anaknya menjawab itu adalah rahsia saya dan Baginda s.a.w. Selepas itu kanak-kanak tersebut terus pergi ke masjid Al-Aqsa. Setelah beberapa jam sampai berita kepada ibu tersebut bahawa anak telah mati syahid ketika berhadapan dengan pelampau Yahudi di perkarangan Masjid Aqsa. Lalu itupun fahamlah bahawa berita gembira yang dimaksudkan oleh anaknya ialah beliau akan mati syahid.

 

  1. Semasa saya menghadiri satu persidangan di Belanda beberapa tahun lalu saya bertemu dengan seorang ibu tua palestin yang berumur hampir 70 tahun. Saya menyapanya dan bertanya apakah hasrat dan cita-citanya yang ingin dilaksanakan sebelum dipanggil Ilahi, beliau menjawab cita-citanya ialah untuk kembali kerumah dan tanahair kelahirannya tahun 1948 ketikamana beliau dan keluarga dihalau oleh Yahudi. Beliau juga menunjukkan anak kunci rumahnya tahun 1948 tersebut yang masih disimpan dengan baik. Beliau juga berkata sekiranya hasrat tersebut tidak tercapai beliau mengharapkan apabila beliau meninggal dunia, anak-anaknya dapat mengebumikan jenazah di tanahairnya yang tercinta.

 

Bersambung Insya Allah:

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam

Ketua Biro Tarbiah ISMA Caw Ipoh

Pengerusi Aman Palestin Caw Perak

Penterjemah Slot Syeikh Raed Solah

 

Comments
6 Responses to “Perkongsian Bersama Syeikh Raed Solah Syeikh Al Aqsa Siri 1”
  1. suzaimi johari berkata:

    perkongsian bermakna. apapun,ustaz belum letak dlm list ISMA Korea di ruangan ISMA Luar Negara. Jazakallah khair.

  2. haziq daniel berkata:

    jzkk ust, byk manfaat
    cume ade soalan
    yg masuk masjid bawah umur 50 thn
    sbb yg ana igt mase kosmaz taun lepas die ckp 40
    makin syadid die punye peraturan😦

  3. amal aqsa berkata:

    Salam ustaz saya baru balik dari Aqsa ,kita umat islam selain bangsa arab dibenarkan ziarah alquds ,jadi ustaz sebagai memberi sokongan pada bangsa palestin seharusnya kita berusahalah utk kesana bagi yg berkemampuan bagi melihat sendiri dan menyahut seruan nabi iaitu jika kita disuruh berjimat maka hendaklah berjimat bagi menziarahi masjidil haram,masjidil nabawi dan masjidil aqsa wasalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: