Teruskan Istiqamah menuju ketaqwaan… Ramadhan semakin meninggaikan kita..

Hari ini telah masuk 20 ramadahan, begitu pantas rasanya masa berlalu. Bagaimanakah kita menghabiskan masa pada 19 hari ramadhan yang lalu. Semoga kita sentiasa berusaha meningkat ketaqwaan kita dari hari ke hari. Bulan Barakah ini hanya datang sekali setahun sahaja sewajarnya kita bermujahadah dengan bersungguh untuk mendapat kebaikan dan segala anugerah Ilahi padanya.


Untuk melayakkan kita mendapat malam lailatul qadr, kita perlu memastikan ikhlas dan istiqamahnya amalan kita pada bulan ini. Ibadat puasa kini sentiasa dipenuhi dengan amal ketaqwaan dan kebajikan. Solat berjamaah, tadarus al-quran, solat terawih, solat tahajjud, bersedekah dan seumpamanya perlu menjadi agenda harian menghiasi hari-hari kita di bulan ramadhan. Kesempatan dan peluang yang masih berbaki sewajarnya kita gunakan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dengan sanak saudara dan sahabat handai dengan berbuka puasa bersama atau ziarah menziarahi. Jangan lupa untuk memperbanyakkan iktikaf di masjid danmemperbanyakkan doa serta munajat untuk diri, keluarga dan umat islam seluruhnya.

Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin Saidatina Aisyah Radiallahuanha: Adalah Nabi Muhammad S.A.W apabila telah masuk 10 malam terakhir ramadhan menghidupkan malamnya dengan ibadat, menggerakan ahli keluarganya dan mengikat kainnya (sebagai gambaran bersungguh-sungguh dalam beribadat dan tidak menggauli isteri) – Diriwayatkan Oleh Imam Muslim Dalam Bab Iktikaf.
Jangan kita cemari penghujung ramadhan yang masih berbaki ini dengan pesta hiburan yang melampau dan program jualan mega yang membazirkan wang kita. Bersederhanalah dalam berbelanja untuk menyambut hari kemengan di Aidil Fitr yang bakal menjelang. Ingatlah pada harta kita ada hak golongan yang memerlukan jangan lupa untuk kita menunaikan zakat fitrah dan menggandakan sedekah untuk mereka yang memerlukan khususnya di bumi Palestin dan Myanmar yang sedang berhadapan malapetaka.

Ambillah bekalan sebanyak mungkin dari bulan ramadhan yang merupakan bulan kemenangan umat ini dalam mendidik diri menjadi hamba Allah yang sejati dan mendaulatkan agama Allah di dunia yang sementara ini. Selesorilah kisah-kisah kemenangan umat ini dalam berhadapan denga musuh- musuh Allah bermula dengan peperangan badar alkubra, pembukaan kota mekah dan seumpamanya. Apabila ummat ini meletakkan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasulnya melebihi segala-galanya maka disitulah kemenangan akan bermula.

Semoga kita terus istiqamah untuk menggapai lailatul qadr dan seterusnya beroleh kemenangan di pagi Aidil Fitri yang mulia.

كن ربانيا و لا تكن رمضانيا
Ikhlas Dari

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
Ketua Biro Tarbiah ISMA Cawangan Ipoh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: