Kenapa isu pembebasan bumi Palestin sangat penting bagi Umat Islam?

Kenapa isu pembebasan bumi Palestin sangat penting bagi Umat Islam?

1)      Palestin yang terdapat padanya Masjid Al-Aqsa di kota alquds disebut secara langsung oleh Al-quran sebagai bumi barakah dan bumi suci. Adakah layak bagi kita umat yang diturunkan kepadanya Al-Quran untuk melihat sahaja malapetaka dan tragedi yang sedang berlaku kepada saudara kita di Palestin. Mereka adalah wakil  kita yang menjadi barisan hadapan mempertahankan tanah suci umat ini.

 

2)      Pertembungan yang sedang berlaku sekarang di sana adalah pertembungan di antara  kebenaran dan kebatilan secara jelas dan nyata. Ianya memperlihatkan dengan sebenarnya di mana kekuatan umat Islam dan musuh mereka serta siapa sebenarnya yang berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang dianggap sebagai jantung hati umat Islam kini hampir seluruhnya dikuasai oleh Yahudi Zionis yang didokongi oleh kuasa-kuasa benar dunia. Lihatlah betapa lemah dan daifnya kita.  Jantung hati kita berada ditangan musuh sedangkan kita berdiam diri dan berpeluk tubuh? Marilah kita kembali pada Allah, Satukanlah barisan kita, elakkan sangkaan buruk dan perpecahan. Tegakkan Islam dalam diri kita nescaya Islam akan tertegak di tanahair tercinta bahkan Insya Allah Islam akan kembali memimpin dunia sejagat ini. Bumi Palestin pastikan kembali ke pangkuan umat ini.

 

 

3)      Peristiwa Isra’ dan mi’raj adalah bukti kukuh kemuliaan bumi bertuah yang sewajarnya dikuasai oleh umat  Islam. Di bumi inilah Allah memilih nabi s.a.w untuk menjadi tetamunya bahkan menghiburkan kesedihan dan gundah gelana baginda s.a.w. Di sinilah juga satu-satunya tempat pintu langit dibuka dalam peristiwa mi’rajnya nabi s.a.w hingga ke Sidratul Muntaha. Di atas langit bumi barakah ini juga telah difardhukan solat 5 waktu. Adakah wajar bagi kita Umat Islam membiarkan bumi barakah ini terus menderita dan merintih kesakitan dengan segala jenayah dan kedurjanaan yang dilakukan oleh golongan zionis yahudi keatas saudara kita di sana.

 

4)      Bumi tersebut adalah tempat tersebarnya ajaran mentauhidkan Allah sejak zaman berzaman. Tempat berhijrahnya nabi Allah Ibrahim, tempat berjuangnya nabi Allah Yaakob  dan keturunannya, Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Isa. Risalah dan ajaran yang dibawa oleh para nabi ini ialah ajaran tauhid yang merupakan intipati kepada ajaran Islam itu sendiri. Persoalannya siapakah yang sepatutnya menguasai dan mewarisi perjuangan para nabi ini di bumi barakah ini? Adakah Ahli Kitab yang telah menyeleweng dari ajaran Ilahi yang sebenar atau kita Umat Islam yang berada diatas jalan lurus yang digariskan oleh baginda s.a.w sebagai penerus perjuangan para Rasul dan Nabi sebelumnya? Ini adalah kecuaian dan kealpaan kita yang mesti ditebus dengan usaha dan keprihatinan yang bersungguh untuk berjuang membebaskan bumi suci ini dengan apa cara sekalipun.

 

 

5)      Bumi ini adalah bumi perjuangan dan bumi jihad sejak zaman berzaman. Jika kita ingin merasai ganjaran orang berjuang hendaklah kita prihatin dan mengambil berat isu ini. Kita bekerja untuk isu ini bukan semata-mata kerana emosi dan simpati tetapi ianya adalah isu aqidah, maruah dan jatidiri umat ini.

 Jalan terbaik untuk membangkitkan roh jihad yang semakin malap dalam hati dan jiwa umat ini ialah dengan kita bekerja dan terlibat secara aktif dengan isu ini. Kita tidak perlu pergi ke sana untuk mengangkat senjata menentang zionis di bumi Palestin bagi mendapatkan pahala jihad tersebut. Sesungguhnya usaha kita mendidik diri, keluarga, masyarakat dan umat Islam ditanahair tercinta ini untuk memahami Islam adalah merupakan usaha jihad kita untuk membebaskan bumi Palestin. Setiap muslim yang telah dididik untuk mencintai Allah dan Rasulnya pasti akan mencintai bumi Palestin kerana ia bumi suci yang telah ditentukan oleh Allah bahkan ianya kiblat pertama umat ini. Sudah pasti mereka yang kasihkan Allah dan Rasulnya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan kembali bumi tersebut mengikut kemampuan dan keupayaan mereka. Lihatlah Panglima Solahuddin Al-Ayyubi  dan tenteranya yang bukan orang Palestin telah sanggup berjuang untuk membebaskan tanah wakaf milik umat ini. 

 

Satukan hati kita, Bebaskan Palestin. Semoga impian kita untuk solat dimasji aqsa yang merdeka dimakbulkan Ilahi. Amiiin Ya Rabbal Alamiin. Hayya ilal Amal Ayyuhal Muslimoon.

 Image

Ikhlas Dari,

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam

Perunding Aman Palestin

Ketua Biro Tarbiah ISMA Perak.

Comments
2 Responses to “Kenapa isu pembebasan bumi Palestin sangat penting bagi Umat Islam?”
  1. mohamad azree berkata:

    Doa Adalah Senjata Umat Islam

    Ya Allah, Engkau Berikanlah Kekuatan Kepada Perjuang² Saudara Kami Di Bumi PALESTIN, Berikanlah Kemenangan Kepada Saudara Kami Di PALESTIN Untuk Menentang ZIONIS LAKNATULLAH, Ya Allah..Engkau Hancurkanlah BUMI ISRAEL Ya Allah..Kami Memohon Kepada-Mu ya Allah..Hanya Berdoa Kepada-Mu Ya Allah, Yang Mampu Kami Lakukan.. Makbulkanlah Doa Saudara² Kami Di Seluruh Pelusuk Dunia Ya Allah, Yang Sentiasa Berdoa Kepada-Mu Ya Allah, Agar Kejayaan Ini Milik ISLAM..Ameen Ya Rabbal Alamin😦

    Nabi Muhammad SAW Bersabda :-

    ” Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalanganku. “

  2. atikah berkata:

    mengpa mereka(yahudi) tidak tahu malu krna telah bpijak di tmpat yg allah haramkan mrka.malah,,di dalam al-quran jga mnyatakannya.apa yg mereka mahukan ustaz??saya berasa terkilan dgan kjadian yg mnimpa saudara kta di tanah arab sana..mereka mbunuh,mgebom kanak2 yg tidak bdosa.adakah ajaran mreka yg mminta mreka bbuat bgini??Dan,siapakah ketua bgi smua kjhatan ini??adakah tntera zionis bangsat ini mmprolehi ahli mreka dgn cra mgugut ustaz>???????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: