Selamat Tinggal Gaza Bumi Syuhada’… Kami tetap berjuang bersamamu (Siri 1)

Setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian ditujukan kepada Allah Azza Wajalla atas izin dan anugerahNya, Saya dan rombongan misi kemanusiaan Gaza ke 8 Aman Palestin Malaysia Selamat pergi dan selamat kembali.
Sememangnya banyak perkara yang ingin dikongsikan buat rakyat malaysia khususnya dan warga dunia seluruhnya. Saya rasa amat bertuah kerana dapat melihat secara langsung kezaliman, penderitaan, sekatan, kesengsaraan dan seumpamanya yang menimpa masyarakat Gaza dan Palestin secara keseluruhannya.

Sebenarnya bumi Gaza sebelum tahun 2004 adalah dibawah kekuasaan Rejim Israel. Menurut kepercayaan Orang2 Yahudi Gaza adalah ” Bumi Tempat Kembali” . Menurut kepercayaan mereka disinilah mereka akan dibangkitkan semula. Namun mulai tahun 2004 mereka terpaksa keluar dari Gaza kerana serangan berterusan pada pejuang kemerdekaan Palestin yang menakutkan mereka. Puluhan kem tentera Israel telah berjaya diletupkan oleh para pejuang tersebut. Ini telah menyebabkan orang2 Yahudi merasa keselamatan mereka terancam lalu mereka mula keluar meninggalkan bumi Gaza secara beransur-ansur mulai oktober 2004 hingga Januari 2005. Setelah itu bumi diserahkan kepada Pihak berkuasa tempatan Palestin. Apabila berlangsung pilihanraya Palestin pada tahun 2006, Para Pejuang Islam yang dipelopori oleh Gerakan Hamas berjaya memenangi Pilihanraya tersebut. Syeikh Ismael Haniyya akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin.
Sejak tahun 2006 majoriti masyarakat Islam di Gaza berusaha keras untuk kembali membangunkan Wilayah Semenanjung Gaza ini tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mereka. Perkembangan ini amat membimbangkan rejim Israel, mereka mengambil berbagai pendekatan untuk menyekat perkembangan positif yang berlaku di Gaza. Mereka telah melakukan sekatan dan kepungan terhadap Gaza. Mereka menutup laluan laut ,darat dan udara terhadap penduduk Gaza. Bahkan mereka menekan pemerintah Mesir ketika itu supaya menutup laluan Rafah Mesir yang terletak bersebelahan bandar Rafah Gaza. Akibat masyarakat Gaza berhadapan dengan masalah kehidupan yang kritikal. Bekalan Air, Makanan, Minyak, Jana Kuasa Eletrik dan seumpamanya hampir2 lumpuh sepenuhnya di Gaza. Namun masyarakat Gaza sekali2 tidak menyerah kalah dan tunduk kepada kehendak Israel yang mahu mereka mengiktiraf Israel sebagai penjajah negara mereka. Seandainya mereka bersetuju dengan kehendak Israel tersebut segala kemudahan akan diberikan kepada mereka. Akibat kedegilan inilah yang akhirnya menyebabkan Israel membantai Gaza secara rakus pada disember 2008 hingga januari 2009. Namun begitu semangat juang masyarakat Gaza tetap utuh dan teguh. Mereka tetap tidak tunduk kepada kehendak Rejim Zionis itu. Kekentalan semangat juang mereka sekental pokok zaitun yang menjadi kebanggaan mereka. Pokok zaitun mampu hidup dan memberikan hasil hingga ratusan tahunan. Begitulah ibarat kekuatan spritual yang ada pada masyarakat Gaza, walaupun ribuan syuhada’ telah gugur namun di sana puluhan ribu lagi sedia menanti untuk meneruskan perjuangan pembebasan bumi Barakah Palestin yang terdapat padanya Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci umat Islam.

Shaharuzzaman Bistamam

Perunding Aman Palestin

Anggota Delegasi Kemanusiaan AP- Gaza ke 8.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: