Bumi Syam Bermandikan darah para syuhada’… Bangunlah Wahai umat buktikan keprihatinan anda.

Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di Syria sekarang ini adalah rentetan kelemahan dan kelesuan pemimpin dan umat Islam seluruh dunia. Saban hari saudara kita di sana dibunuh, diperkosa, dipukul, dicederakan malah dinafikan hak mereka untuk menuntut keadilan.

Dalam kesempatan ini saya ingin menukilkan harapan seorang ustaz yang pernah mendidik dan mengajar saya semasa  bersekolah di Sekolah Izzuddin Shah Ipoh satu ketika dahulu. Semalam saya sempat berhubung dengan Al Fadhil Doktor Yassin Al Heraki yang berasal dari Syria dan sekarang menetap di Belanda. Antara nasihat dan saranan beliau dalam Tragedi yang sedang berlaku di Syria sekarang ialah:-

“Saudaraku yang mulia,

Semoga Allah memberi balasan yang setimpal diatas keprihatinan anda kepada penderitaan yang sedang berlaku kepada saudara seaqidah di Syria.

Saudaraku, sampaikan berita kepada umat Islam di Malaysia berkaitan dengan situasi genting di Syria sekarang. Sebarkanlah maklumat ini di masjid, sekolah, badan berkanun mahupun Ngo Islam. Ajaklah mereka supaya mendoakan kemenangan kepada umat Islam di Syria selagimana kamu mampu.

ImejSituasi sebenar di Syria amat mendukacitakan tiada bahasa yang dapat menggambarkan kedahsyatan tragedy yang sedang berlaku. Sesungguhnya apa sedang berlaku di Syria hari ini lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh golongan Zionis keatas saudara kita di Palestin.

Pihak PemerintahSyria berusaha membunuh mereka yang bangun menentang kezaliman kerajaan. Bahkan golongan wanita diperkosa, kanak-kanak muslimin Sunni disembelih seperti menyembelih binatang di Bandar Himsa.

Kumpulan tentera syiah majusi mengepung dan membunuh kami, mereka yang terlibat dalam operasi membunuh golongan Ahli Sunnah Wa Jamaah ini ialah Parti Hizbullah Lubnan, Golongan Syiah dari Iraq, Tentera Revolusi Iran, Tentera Rejim Syria dan para penjenayah yang dilepaskan oleh pemerintah dari penjara dengan syarat mereka mesti mencabuli kehormatan, membunuh dan merampas harta rakyat yang melakukan penentangan terhadap kerajaan.

Saya mengharapkan anda dapatkan menyampaikan kepada saudara seagama yang berada di Malaysia supaya mendoakan untuk anak-anak yatim, wanita-wanita janda dan para pejuang lelaki yang sedang dipenjarakan agar Allah melepaskan mereka dari kepayahan dan malapetaka ini. Doakanlah agar Allah memenangkan umat Islam di Syria.

Amat malang sekali para pemimpin kerajaan dunia Islam bergerak begitu perlahan dalam mempertahankan darah umat ini. Mereka seolah-olah tidak mengambil peduli tragedy berdarah yang sedang berlaku di Syria. Sedangkan  kita melihat bagaimana seandainya ada orang Nasrani yang diancam @ dianiaya dimana sahaja pasti para pemimpin Negara mereka akan bersegera mempertahankan nasib mereka.

Sebenarnya saudara kalian di Syria tidak mengharapkan apa-apa bantuan daripada manusia kerana kami meyakini sekiranya Allah menolong kami pastikan tiada siapa yang mampu mengalahkan kami. Sekiranya Allah tidak membantu kami maka siapakan lagi harapan kami.

Kami meyakini sesiapa yang mati di kalangan kami mereka adalah mati syahid. Sahabat yang gugur dikalangan kami tempatnya di Syurga dan orang gugur dikalangan musuh kami tempatnya di dalam neraka.”

Imej

Inilah sebahagian dari pesanan Ustaz Doktor Yassin Al-Heraki kepada saya. Mudah-mudahan tulisan ini membuktikan keprihatinan kita terhadap apa yang sedang berlaku di Syria. Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyeru pihak yang berwajib khususnya pihak Jakim @ jabatan agama agar sekurang-kurangnya dapat menyediakan teks khutbah jumaat berkaitan dengan tragedi ini. Semoga umat ini dapat kembali bersatu dan memartabatkan Islam di dunia yang fana’ ini.

Saudara Seaqidah Kalian

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam

Ketua Biro Tarbiah ISMA Cawangan Ipoh.

21/02/2012

Comments
4 Responses to “Bumi Syam Bermandikan darah para syuhada’… Bangunlah Wahai umat buktikan keprihatinan anda.”
  1. yaseen alheraky berkata:

    السلام عليكم أخي الأستاذ شهر الزمان بستمام.
    جزاكم الله خيرا على جهدكم الطيب غي إعلام الأخوة الماليزين عن حال إخوانهم المظلومين في سوريا.
    اللهم انصر الإسلام والمسلمين وأعل كلمة الحق والدين، ودمر أعداء الدين ، وأنصر أهلنا في سوريا،
    أخوكم ياسين الحراكي

  2. Nabihah berkata:

    Slm ustaz, jzkk atas entry. harap ust dpt letak function utk share di medium social spt fb or twitter utk memudahkan penyebaran.

  3. saudara berkata:

    lainnya revolusi syria:penyeruan ke arah penegakan khilafah.
    Doa saya dari sini.teruskan usahamu wahai syabab, antara syahid atau menang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: