KeranaMU ILAHI Kami mulakan

Setelah agak sekian lama tidak berbicara diruangan maya ini, Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk jari jemari ini memetik kekunci huruf dan angka computer bimbit ini. Mudah-mudahan coretan berikut bermanfaat untuk kita semua.
Alhamdulillah rasa syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi, semalam telah pun berlangsung hari pendaftaran pelajar baru STAM & Maahad Tahfiz Akademik Ikatan Muslimin (AIM) Ipoh Perak. Para petugas sibuk melayan para pelajar dan keluarga bermula dari sebelum subuh (student stam AIM yang datang menaiki bas dari pantai timur) hingga jam 5.00 petang. Sehingga kini bilangan pelajar bagi AIM ialah seramai 97 orang yang terdiri daripada 60 orang pelajar STAM dan 37 pelajar maahad tahfiz. Kebanyakan pelajar datang dari luar negeri perak dan ada juga pelajar dari luar negara iaitu kemboja.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM ke Akademi Ikatan Muslimin kepada para pelajar mudah-mudahan kedatangan anda menambahkan lagi bakal penerus perjuangan mendaulatkan Islam di Tanah air tercinta. Untuk para ibubapa yang memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak kalian, kami kalungkan setinggi penghargaan dan ucapan terimakasih. Semoga Allah sentiasa membantu dan membimbing kita untuk menjayakan misi pendidikan AIM untuk melahirkan GENERASI HARAPAN.
Besarlah harapan kami kepada para pelajar dan ibubapa agar dapat bersama kami membangunkan akademi ini untuk menjayakan misi ini. Apatah lagi di tempat dan suasana baru yang lebih ceria dan mencabar . Maklumlah AIM baru sahaja berpindah ke tapak baru di No. 9 & 11, Jalan Dato Seri Shaari ( Bangunan Kolej Islam Darul Ridzuan lama), masih terlalu banyak kekurangannya walaupun tempatnya luas dan selesa.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terimakasih kepada sahabat-sahabat lama yang masih memberikan kepercayaan kepada kami untuk meneruskan usaha pendidikan ini. Kepada ikhwah dan akhawat ISMA yang menghantar anak mereka ke sini kami mengucapkan jazakumullah khaira khatira… Semoga Allah memberkati segala pengorbanan dan usaha murni kita.
Sebagai penutup bicara saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua petugas hari pendaftaran tersebut bermula dari Pihak Lembaga AIM, Tuan Pengetua, Asatizah dan para sukarelawan. Semoga Allah mengganjari Segala Pengorbanan Antum dengan ganjaran yang setimpalnya.
Tema Bulan Januari MATIN : “KeranaMU Ilahi Kami Mulakan”.
Motto MATIN : “Bersama Membina Generasi Huffaz Wa Duat”

UST SHAHARUZZAMAN BISTAMAM
MUDIR, MATIN
09/JANUARI/2012

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: