“Cabaran Gerakan Islam Dalam membawa arus Perubahan Ummah” Bersama Prof. Mohd Hesham Saqr Edisi Zon Utara – (Siri 1)

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana saya berpeluang untuk menghadiri sesi ramah mesra bersama seorang Tokoh Dakwah yang datang dari Mesir sempena kedatangannya ke tanahair baru-baru ini. Tokoh yang saya maksudkan ialah Al-Akh Prof. Mohd Hesham Husni Saqr beliau adalah antara aktivis dakwah yang banyak bergaul dengan para pelajar malaysia di Mesir satu ketika dahulu. Bersama ini saya catatkan sedikit isi-isi penting ceramah beliau.

Di permulaan pembantangan ini ramai yang akan menyangka saya akan berbicara dengan panjang lebar berkaitan dengan perkembangan dan situasi perubahan yang sedang berlaku di Mesir, Tunisia, Yaman dan negara-negara lain. Ini adalah kerana ramai menyangka bahawa perubahan yang sedang berlaku di sana adalah perubahan Islam.
Dalam pertemuan ini saya tidak akan berbicara berkaitan tajuk diatas kecuali di permulaan ceramah ini kerana ia tidak menjurus kepada tajuk perbincangan kita yang sebenar.
Hakikatnya apa berlaku di Mesir, Tunisia, Yaman dan Seumpamanya, ianya tidak boleh dinamakan kebangkitan Islam. Sebenarnya apa yang berlaku adalah kebangkitan rakyat menentang kefasadan dan sifat melampau pemerintah sedia ada di negara-negara tersebut.
Sebagai contoh yang dekat dengan saya, Negara Mesir setelah jatuh pemerintah yang sedia ada kita melihat umat masih jauh dengan Islam bahkan mereka jahil tentang agamanya. Mana mungkin Islam boleh tertegak dalam masyarakat seumpama ini.
Satu lagi persoalan yang mungkin berlengar di pemikiran kita ialah adakah sekiranya kita inginkan perubahan berlaku di tempat kita, kita mesti menggunakan pendekatan yang sama sebagaimana yang digunakan di Mesir? Dengan mengadakan demontrasi jalanan dan seumpamanya? Bagi saya jawapannya adalah tidak semestinya begitu. Setiap negeri mempunyai suasana dan keadaannya yang tertentu yang hanya sesuai untuk negeri tersebut, tidak semestinya semuanya menggunakan pendekatan yang sama.
Antara noktah penting yang Ikhwan Muslimin Mesir pelajari daripada kebangkitan ini ialah umat masih jauh dari memahami kesyumulan Islam yang sebenar. Oleh itu IM berpendirian untuk memfokuskan amal di peringkat ini kepada mendidik umat memahami Islam yang sebenar berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta Usul Isyiriin Tinggalan Imam Al-Banna khususnya Usul yang pertama berkaita kesempurnaan Islam. Jadi kami memahami masalah sekarang bukan sekadar masalah mendapat kuasa pemerintah tetapi masalah utama ialah mendidik dan memahamkan umat berkaitan kesyumulan Islam. Oleh itu pada masa ini IM tidak berminat untuk bertanding jawatan presiden Mesir.

Shaharuzzaman Bistamam

Ketua Biro Tarbiah ISMA Cawangan Ipoh

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: