Perancangan 5 Tahun Kerajaan Haram Israel Ke atas Bandar Al Quds

Perancangan 5 Tahun Kerajaan Israel Untuk Merubah Wajah Bandar Al Quds

القدس المحتلة – المركز الفلسطيني للإعلام

Kerajaan Haram Israel telah mengiklankan perancangan detail berkaitan penghancuran kota Alquds yang dijajah dan begitu juga dengan perubahan demografi yang bakal berlaku di Bandar tersebut. Ini semua dilakukan berselindung di sebalik tindakan mereka menetapkan bajet bantuan kewangan untuk kota tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Perdana Menteri Israel, Kerajaan memperuntukkan lebih daripada 80 juta dolar amerika untuk menjayakan projek ekonomi yang menyeluruh di Bandar tersebut bagi tempoh masa 5 tahun.

Sumber dari pihak badan-badan Palestin pula menegaskan bahawa matlamat sebenar projek ini adalah untuk mengubah keadaan Bandar Al Quds dan persiapan untuk meningkatkan jumlah penempatan Yahudi di situ.

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Israel berkaitan perancangan ini, 83.3 juta dolar amerika akan diperuntukkan untuk menjayakan projek tersebut dari tahiun 2011 hingga 2016.


Penditilan projek tersebut antaranya ialah 42 juta dolar amerika diperuntukkan untuk pembangunan di sudut pelancungan seperti membangunkan Binaan bawah tanah bagi Bandar Al Quds. Projek ini dikenali sebagai projek “Dinding Barat”. Para Pemerhati Palestin menyifatkan ini adalah perancangan Israel untuk meruntuhkan dinding Burak dan sekitarnya di Masjid Al Aqsa.

Kementerian Pelancungan Israel juga akan menambah bajet sebanyak 21.5 juta dolar untuk menggalakkan pembinaan hotel-tel di Bandar tersebut bagi memastikan ia mencukupi untuk menampung pelancung yang akan datang ke Bandar tersebut.
Seterusnya sebanyak 20.5 juta dolar amerika pula diperuntukkan untuk membina pusat-pusat penyelidikan baru dan melengkapkan pusat penyelidikan sedia ada. Ini menuntut pembinaan bangunan-bangunan baru di Bandar tersebut.
Kerajaan Israel juga telah mengkhususkan 20.26 juta dolar amerika sebagai “ Bajet Penyempurnaan” untuk mendirikan projek-projek tambahan seperti Asrama Mahasiswa , Bandar Universiti, Kemudahan Awam dan prrojek-projek yang bermatlamat untuk menarik golongan pengeluar produk ekonomi supaya tinggal di Bandar Al Quds.

Sumber itu selanjutnya menegaskan bahawa dalam masa terdekat Kerajaan Israel akan mengambil keputusan untuk menyenaraikan Bandar Al Quds dalam senarai Bandar yang mendapat bantuan kerajaan. Sehubungan dengan itu biasiswa pengajian akan diagihkan kepada para pelajar tahun pertama pusat pengajian tinggi dikalangan mereka yang dikecualikan khidmat tentera atau telah menyertai khidmat kemasyarakatan dan akan menetap di Bandar Al Quds.

Dipetik Dari Pusat Informasi Palestin bertarikh 29 Mei 2011.

Wahai saudara seagamaku marilah kita meluangkan sedikit masa untuk memahami isu Palestin ini dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya apa yang berlaku di Masjid Aqsa dan sekitarnya perlu menjadi antara agenda utama kita untuk mengetahuinya dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Apakah kita mahu melihat Kota ke 3 paling mulia bagi umat ini berkubur semasa hayat kita masih ada…. Ayuh saudaraku tingkatkan keprihatinan, banyakkan doa, didik diri dengan Islam dan hulurkan apa sahaja kemampuan serta kemahiran kita untuk membebaskan Kota Al Quds dan sekitarnya.

Ust Shaharuzzaman Bin Bistamam
Perunding Aman Palestin
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Ipoh
Pensyarah Akademi Ikatan Muslimin Ipoh
09 Jun 2011 / 07 Rejab 1432

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: