Ghaza Benteng Kukuh Umat Islam Kini

Ghaza Benteng Kukuh Umat Islam Berhadapan Israel

Alhamdulillah pada minggu lepas saya sempat berkenalan dengan seorang pejuang palestin yang berasal dari Ghaza Timur. Kedatangannya ke tanahair adalah menjadi tetamu kepada Aman Palesti Berhad untuk program-program amal di Malaysia. Dalam kesempatan tersebut Aman Palestin Perak telah menjemput beliau untuk memberikan perkembangan terkini suasana di Palestin dan juga Ghaza secara khusus didalam  Program Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa dari Ancaman Zionis. Di sini saya kongsi sedikit sebanyak ucapan beliau untuk pengajaran kita bersama.

Sesungguhnya perjuangan untuk membebaskan palestin dan ghaza tidak pernah putus sejak penjajahan British pada tahun 1917 hinggalah kini. Kami berasa amat bertuah kerana di pilih Allah untuk bersama Syeikh Ahmad Yassin mendidik penduduk ghaza untuk mempertahankan tanahair kami dan bumi suci umat ini dari penjajahan Yahudi. Sejak penghujung tahun 70an kami telah berazam untuk mengembalikan setiap inci dari bumi barakah ini kepada Umat Islam.

Tugasan ini bukanlah mudah bagi kami namun atas rasa tanggungjawab kepada Allah dan Umat Islam kami cuba sedaya upaya untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Usaha ini kami mulakan dengan kembali mendidik penduduk ghaza khususnya generasi muda dengan memahami Al-Quran dan Hadits Nabi. Sehingga kami berjaya melahirkan 70,000 penghafaz Al Quran dikalangan generasi muda. Seterusnya kami mendidik mereka dengan kefahaman Islam yang menekankan aspek pemikiran, kejiwaan dan tubuh badan. Hasilnya lahir generasi muda yang faham Islam, menguasai bidang kemahiran yang pelbagai dan siap sedia untuk menjadi tentera Allah mempertahankan Palestin. Setelah lebih kurang 30 tahun mendidik generasi umat di ghaza berlandaskan manhaj Islam yang berpaksikan Iman akhirnya kami berjaya melahirkan generasi baru dikalangan generasi muda palestin yang bersatu hati dan jiwa raga yang menggerunkan musuh-musuh Allah. Lahirlah generasi yang berjuang untuk membebaskan palestin seperti mereka yang pernah di didik oleh Umar Al-Khattab dan Solahuddin Al-Ayubi.

Oleh kerana menyedari bahaya yang menunggu mereka akhirnya Israel mengambil keputusan untuk menyerang Ghaza bagi membendung kebangkitan umat ini. Serangan keatas Ghaza yang berlaku pada akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009 yang lalu adalah merupakan ujian Allah kepada kami untuk menguji kekuatan barisan mujahidin yang telah dididik. Di segi bilangan tentera Israel yang terlibat dalam peperangan di ghaza jumlah mereka ialah 30,000 orang tentera darat yang terlatih dan di belakang mereka ada 40,000 tentera simpanan, Sementara di udara pula ghaza dihujani dengan 150 jet pejuang, dilaut dikepung dengan armada tentera laut dan didarat dengan 2,000 kereta kebal. Bilangan tentera ini adalah sepuluh kali ganda daripada bilangan tentera Israel yang mengalahkan tentera-tentera Arab pada peperangan tahun1967. Hasrat mereka adalah untuk menghapuskan kebangkitan umat ini namun Allah menghendaki sebaliknya. Seolah –olah berlaku peristiwa Abrahah menyerang Kaabah sekali lagi…. Penduduk Ghaza telah menjadi seperti burung ababil dalam mempertahankan kesucian dan kemuliaan umat ini. Tentera Israel dengan segala alatan canggihnya bahkan penggunaan bahan kimia terlarang fosforus putih telah gagal melumpuhkan kekuatan umat di Ghaza. Sebaliknya mereka keluar dari sana dalam keadaan hina, putus asa dan kecewa. Bumi Ghaza gagal ditawan bahkan Israel terpaksa berundur dalam keadaan ratusan tenteranya terkorban. Sedangkan para mujahidin dengan didikan iman dan taqwa berjaya menggerunkan pihak musuh dengan serangan pelancar roket  jarak jauh yang diluar jangkaan Israel.

Sesungguhnya  kami  makin  yakin  kemenangan  semakin  hampir  untuk  kami. Sokongan dan dokongan dunia Islam selepas itu memberi  kekuatan  kepada  kami untuk  meneruskan perjuangan ini. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami tujukan  kepada  kerajan Turki Khususnya Perdana Menterinya  Erdogan yang lantang mengutuk tindakan Israel tersebut. Tidak lupa kami merakamkan ucapan yang sama kepada Kerajaan Malaysia diatas keprihatinan dan sokongan kepada kami. Perkembangan terakhir yang sedang berlaku antara kami di Palestin khususnya persepakatan dan perdamaian antara Fatah dan Hamas diharap menjadi penolak kepada usaha menyatukan umat di Palestin.  Perisytiharan yang di buat oleh menteri luar mesir baru-baru ini adalah amaran keras kepada Israel supaya tidak melakukan tindakan yang boleh menyebabkan suasana gawat di rantau ini. Menteri luar mesir mengingatkan Israel agar menghentikan serangan ke atas Ghaza.


Kekuatan Iman dan taqwa yang dibina berpandukan manhaj Ilahi  adalah asas utama kekuatan kami di Ghaza. Oleh itu saya menyeru kepada umat Islam di Malaysia khususnya agar kita kembali memartabatkan pengajian Al-Quran dan Al-Hadith sebagai asas dalam membina kembali kekuatan ummat ini. Marilah sama-sama kita didik generasi muda dengan acuan ini agar mereka mampu untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang bahkan memimpin semula dunia ini satu hari kelak mengikut kehendak Ilahi. Ayuhlah kita hidupkan persekitaran yang soleh disekeliling kita, marilah kita berlumba-lumba melakukan ketaatan kepada Allah dan membenteras maksiat dengan cara yang terbaik. Inilah beberapa tanggungjawab utama kita pada masa ini. Insya Allah dengan cara ini satu hari nanti kita akan dapat kembali berkumpul di masjidil aqsa yang merdeka dan solat memuji keagungan Ilahi di sana.

Wallahu A’lam.

Inilah sedikit mutiara yang dapat saya catatkan daripada ucapan Syeikh Rodhuan Abdul Karim An Nakhalah ( Abu Munzir), Salah seorang anggota Ikatan Ulama Palestin di konvensyen tersebut.

Akhukum

Shaharuzzaman Bistamam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: