63 Tahun Palestin Di jajah…. Peranan Kita?


ألحمدلله ألقائل:-
أن هذه أمتكم أمة واحدة وانا ربكم فاعبدون
الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستهديه، ونعوذ بالله تعالى من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلن تجد له ولياً مرشداً، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، خصنا بخير كتاب أنزل، وأكرمنا بخير نبي أرسل، وأتم علينا النعمة بأعظم منهاج شرع، منهاج الإسلام، (اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا)، وأشهد أن سيدنا وإمامنا وأسوتنا وحبيبنا ومعلمنا وقائد دربنا محمد بن عبدالله أدى الأمانة وبلّغ الرسالة ونصح للأمة وجاهد في الله حق جهاده وتركنا على المحجة البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها إلا هالك، فمن يطع الله ورسوله فقد رشد ومن يعص الله ورسوله فلا يضر إلا نفسه ولا يضر الله شيئا، (إن أحسنتم أحسنتم لأنفسكم وإن أسأتم فلها)، (من عمل صالحاً فلنفسه ومن أساء فعليها وما ربك بظلام للعبيد)، اللهم صلي وسلم وبارك على هذا الرسول الكريم، وعلى آله وصحابته، وأحينا اللهم على سنته وأمتنا على ملته، واحشرنا في زمرته مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا، أما بعد،،،،

فيا أيها المسلمون :اتقواالله أوصيكم واياي بتقوي الله فقد فاز المتقون

.
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah.

Umat Islam adalah umat yang satu. Mereka disatukan di atas ikan iman dan takwa. Ikatan ini adalah merupakan semulia-mulia ikatan yang ditentukan oleh Allah. Kesatuan ini menyebabkan umat ini satu masa dahulu menjadi ummat yang berdaulat dan mulia bahkan memimpin dunia kearah keredhaan Ilahi. Namun apabila perpecahan berlaku kepada ummat ini mereka mula lemah bahkan akhirnya di timpa kehinaan sebagaimana yang sedang berlaku sekarang.

Antara titik hitam yang berlaku dalam sejarah moden ummat ini ialah penjajahan bumi palestin oleh Yahudi durjana. Peristiwa ini berlaku pada tanggal 15 mei 1948 apabila tentera british yang menjajah bumi palestin menyerahkan bumi barakah tersebut kepada kekuasaan Yahudi yang dilaknati Allah. Sesungguhnya bumi palestin adalah bumi yang dinyatakan oleh Allah sebagai bumi barakah bagi ummat ini:-
Firman Allah:

سبحان الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام الى المسجد الأقصى الذي باركنا حوله لنريه من ءاياتنا انه هو السميع البصير- ألاسرأ 1.

1. Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.


Bermula dari tanggal 15 mei tersebut berterusan episode penindasan kezaliman dan kekejaman berlaku kepada saudara kita di Palestin. Kita sebagai satu ummat sepatutnya sama-sama merasai kepedihan dan keperitan mereka tapi malang akibat konpirasi penjajah barat ketika itu yang menguasai hampir Negara Islam telah menyebabkan keprihatin ini hampir2 luput dalam jiwa ummat ini kecuali mereka yang dirahmati Ilahi. Umart Islam dipecahkan mengikut batasan geografi, pertuturan bahasa dan warna kulit. Kesatuan ummat ini yang dihaulukan diasaskan diatas dasar iman dan aqidah makin luntur dan lemah. Agenda terus melebar dari nakbah 15 mei 1948 kepada Naksah 5 julai 1967. Pada tahun 1948 yahudi yang menguasai 54% dari mukabumi palestin tetapi pada tahun 1967 mereka menguasai palestin sepenuhnya termasuk menguasai kota Alquds yang terletaknya masjidil Aqsa tempat suci ummat ini. Malangnya kita semakin lemah hanya mampu menjadi penonton berbuat sesuatu sedangkan saudara kita di Palestin terus diganyang oleh musus-musuh Allah.

Sidang Jumaat yang dimulaikan Allah.
Sesungguhnya kezaliman yang berlaku di ghaza palestin pada 2008 dan awal 2009 yang lalu adalah bukti yang jelas betapa ummat amat lemah kerana mereka jauh dari petunjuk Allah. Sebenarnya apakah rahsia yahudi menyerang Ghaza? Syeikh Ahmad Yassin dan sahabat-sahabat di ghaza sebenarnya telah Berjaya mendidik generasi Islam seperti generasi Solahuddin Al-Ayyubi dengan itu mereka di geruni dan di kerumuni oleh tentera Israel yang di belakangnya apa kuasa besar dunia iaitu Amerika dan kuncu-kuncunya. Bayangkan bumi ghazza yang keluasannya hanya 360 km persegi dipenuhi dengan lebih 160 jet pejuang, 2000 kereta kebal canggih, 30,000 tentera terlatih bahkan dibelakang mereka adalah 40,000 tentera simpanan yang sedia menjalankan operasi penghapusan generasi Islam di Ghazza. Yahudi menyangka dengan alatan canggih dan senjata kimia yang diharamkan dunia mereka mampu menghancurkan ghazza sekelip mata. Tetapi kekuasaan Allah melebihi segala-galanya. Sekiranya semasa peristiwa Abraham ingin meruntuhkan kaabah Allah mengutuska burung ababil sehingga melumpuhkan tenterra tersebut. Maka begitulah juga apa yang berlaku di Ghazza Para mujahid telah menjadi seperti burung ababil untuk mempertahan bumi syam yang disebut ole sebagai bumi pilihan Allah. Mereka adalah wakil ummat ini yang mempertahankan bumi Palestin bahkan mempertahankan masjidil aqsa dari kezaliman Yahudi.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Untuk mengembalikan kemuliaan ummat ini dan kesatuannya tidak boleh tidak kita mesti (1)berusaha bersungguh untuk kembali mendekati Al-Quran Dan As Sunnah kerana hanya ialah yampu mengembalikan kemuliaan dan kesatuan kita.
(2) Kita perlu dan amat dituntut untuk mengambil berat pendidikan anak-anak kita dan generasi muda khususnya pendidikan agama mereka. Mereka adalah pewaris kepada perjuangan ummat Islam. Mereka merupakan mutiara yang mesti digilap dengan bekalan iman dan taqwa. Pedoman Alquran dan panduan Assunnah perlu dijadikan asas pegangan kehidupan mereka. Disamping itu segala ilmu dan kemahiran makin juga mesti mereka kuasai setelah memahami al-quran dan Assunnah. Sesungguhnya hanya dengan jalan ini kita mampu membentuk jatidiri muslim mereka berhadapan arug globalisasi yang menggila yang berasaskan hiburan dan kenikmatan hidup dunia tanpa batasan. Mereka adalah harapan kita untuk kembali melahirkan generasi umat yang mulia dan bersatu. Oleh itu jangan biarkan mereka hanyut dibawa arus kebendaan yang bermaharajalela. Hiasi diri mereka dengan zikir alquran dan akhlak nabi junjungan.

Seterusnya, marilah sama-sam kita makmurkan hidup kita dengan melakukan ketaatan kepada dan rasulNya. Tingkat ibadat dan amal soleh kita. Jadikan dunia ini sebagai mihrah kita menyiapkan bekalan untuk bertemu Allah. Sesungguhnya ialah yang akan menyebabkan kita mendapat pertolongan Allah. Ia jugalah yang menautkan rasa kasih saying dan cinta sesame muslim bahkannya dengan keampunan dan rahmat Allah menjadi milik kita. Hanyanya Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita dan melayakkan kita memasuki Syurga Firdausnya.

والعصر . ان الانسان لفى خسر . الا الذين ءامنوا وعملواالصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر.

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian –
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّل مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam

Imam Masjid Idris Iskandar Shah 1, Kg Sungai Rokam, Ipoh

Ketua Boro Pem. Sumber Manusia, Ikatan Muslimin M’sia, Caw. Ipoh

Pengerusi Aman Palestin Perak.

 Jumaat 13 Mei 2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: