Bertindaklah sebelum datangnya kematian

الحمد لله الذي أقام الدين الاسلامى شريعة ومنهاجا, وجعل للاسلام أصولا وفروعا
أشهد أن لااله الاالله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وصافيه وحبيبه.
اللهم صل على هذا النبي الأمي وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين, أما بعد,
فيا عباد الله, اتقواالله حق تقاته ولا تموتن الا وأنتم مسلمون. أوصيكم واياي بتقوى فقد فاز المتقون.

Sidang Jumaat yang Dimuliakan Allah,

Marilah kita berusaha meningkatkan rasa cinta dan takut kita kepada Allah kerana adalah ciri yang mesti dimiliki oleh golongan muttaqiin semata-mata untuk mendapat redha Ilahi.

Firman Allah: surah al-Anfal yang bermaksud:

24. Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

25. dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Dalam Ayat ini Allah mengingatkan agar sentiasa menyahut seruan Allah dan RasulNya kerana ianya merupakan seruan yang bakal membahagiakan kita di dunia dan akhirat sekiranya kita menyahut seruan tersebutnya dengan Sebaik mungkin. Sekiranya kita membelakangkan perintah Allah dan RasulNya maka azab Allah akan mengenai kita tanpa mengira kita berlaku zalim atau tidak.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Adalah sesuatu yang sangat jelas dan menjadikan aqidah kita bahawa ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w adalah dari Allah dan merupakan ajaran penyelamat yang bakal menyelamatkan di dunia dan akhirat.

Islam adalah ajaran yang menghidupkan aqidah dan keimanan manusia dengan cara yang sebenar. Iman yang menghidupkan hati dan pemikiran yang suci dari khurafat dan kejahilan.

Islam adalah ajaran yang menyera kepada manhaj kehidupan yang meliputi penyelesaian kepada seluruh aspek kehidupan berdasarkan petunjuk Ilahi yang pasti membahagiakan manusia.

Islam adalah ajaran yang mendidik umatnya untuk memiliki kemuliaan dan kekuatan bersumberkan aqidah yang benar yang sama sekali tidak menzalimi manusia lain untuk memimpin dunia kea rah kesejahteraan dan keredhaan Ilahi.

Namun apabila manusia berpaling daripada menyahut seruan Allah dan Rasulnya maka bala bencana dan malapetaka pasti akan menimpa mereka sebagai peringatan dariNya untuk mengingatkan manusia yang sering lupa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sabda Nabi s.a.w:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ ، وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ

Maksudnya : Tidak berlakunya kiamat sehingga ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak berlaku gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan yang melimpah ruah. (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Firman Allah dalam ayat 40 surah al-‘Ankabut:

﴾فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ ۖ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ﴿٤٠

Maksudnya : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri

Firman Allah dalam ayat 97-99 surah al-A’araf :

﴾أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿٩٧﴾ أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٩٨﴾ أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّـهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ ﴿٩٩

Maksudnya : Patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? (97) Atau patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? (98) Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi kerana Allah,

Marilah sama-sama kita menyedari kematian boleh datang kepada kita tanpa amaran dan boleh berlaku dalam apa juga situasi dan keadaan kita. Ambillah pengajaran daripada peristiwa tsunami yang kerap berlaku dalam 10 tahun terakhir ini. Tsunami terbaru sebagaimana yang berlaku di Kepulauan Honshu jepun baru-baru ini sepatutnya di jadikan pengajaran oleh kita. Betapa kerdilnya manusia berbanding dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Jepun yang terkenal dengan Negara Maju berteknologi tinggi hampir2 dilenyapkan Allah dengan Ombak tsunami yang datang tiba2 dan tidak mampu dihalang oleh sesiapa atau mana-mana teknologi ciptaan manusia. Sesungguhnya peristiwa ini adalah satu peringatan bagi kita khususnya umat Islam agar kembali melihat hubungan kita dengan Allah, melihat pelaksanaan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifahnya. Dan seterusnya Bagaimana persiapan kita untuk bertemu denganNya…. Adakah kita telah bersedia….

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan Allah,

Ingatlah sesungguhnya kematian itu adalah pasti dan ianya hanya berlaku sekali sahaja. Oleh itu hendaklah kita pastikan kematiaan adalah paling baik dan paling mulia.

Seorang pujangga Arab pernah berkata:

“Manusia yang paling layak untuk mendapat kemuliaan ialah lelaki yang sanggup mengorbankan dirinya untuk memelihara agamanya”

Oleh marilah kita tegakkan Islam dalam diri, keluarga dan Negara tercinta sebelum malaikat izrail mengambil nyawa kita. Hentikan perselisihan dan persengketaan sesame kita yang tak pernah habis. Sesungguhnya ini amat merugikan kita dan ummat ini.

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِك الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Disediakan Oleh:
Ust Shaharuzzaman Bistamam
Imam Masjid Sungai Rokam
Perunding Aman Palestin
Ketua Biro PSM Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Ipoh.
25/Mac/2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: