Penjelasan IM: Campurtangan Asing Dalam Negara Arab

Sesungguhnya IM mengimani bahawa kebebasan adalah satu kewajipan daripada Agama Islam bahkan ia merupakan ajaran para pembawa risalah langit. Generasi IM yang telah terdidik bahawa kebebasan lebih berharga dari kehidupan dengan tegas menyatakan bahawa kebebasan tidak boleh dipisah-pisahkan. Kebebasan individu, masyarakat, Negara dan ummat serta kemuliaannya tidak wajar tunduk kepada pengaruh luar yang tiada hubungan dengannya. Adalah amat dikesali dalam beberapa puluhan tahun kebelakangan ini telah berkuasa di Negara-negara Arab ini, sistem pemerintahan yang menghapuskan segala kebebasan tersebut. Tindakan ini didalangi oleh kuasa-kuasa besar yang membantu dan menyokong pemerintah tersebut untuk menafikan hak rakyatnya sendiri. Sebagai balasannya pemerintah tersebut mesti melaksanakan segala arahan kuasa-kuasa besar tersebut di Negara mereka sendiri. Inilah antara faktor utama berlakunya ledakan kebangkitan rakyat di rantau ini dengan harapan mereka dapat bebas dari kuasa kukubesi pemerintah dan penjajahan luaran oleh kuasa-kuasa besar yang berkepentingan. Hasil dari ledakan kebangkitan menuntut kebebasan, kemuliaan dan kehormatan ini rakyat terpaksa melakukan pengorbanan yang tinggi sehingga nyawa mereka sendiri menjadi taruhannya.

Malangnya kuasa-kuasa besar yang berkepentingan ini tidak mahu melepaskan campurtangan dan penguasaannya di rantau ini dengan mudah meskipun pemerintah yang mereka tunggangi selama ini telah jatuh. Kini mereka cuba mengambil kesempatan daripada situasi kebangkitan rakyat untuk mencari pengaruh dengan menguasai mana-mana individu atau kelompok dalam umat ini untuk mendokongi hasrat mereka atas nama pembaikan Negara. Hasrat mereka dengan cara ini supaya pengaruh dan penguasaan politik merera di Rantau ini terus berkekalan. Oleh kerana itu IM mengutuk sekeras-kerasnya campurtangan Perdana Menteri Britain dalam urusan dalaman negara Mesir dan ucapannya yang mengandungi ugutan kepada Rakyat Mesir dalam menentukan masa depan Negara mereka. Sebenarnya rakyat Mesir tidak lemah dan sekali-kali tidak memerlukannya nasihatnya. Adapun sikap Perdana Menteri tersebut yang enggan bersemuka dengan IM, maka kami ingin menegaskan bahawa sekiranya beliau membuat permohonan untuk bersemuka dengan kami, maka kami pasti akan menolak permohonan tersebut. Kami secara berterusan menegaskan akan menolak sebarang perbincangan dengan perwakilan kerajaan Negara-negara Barat yang bongkak. Namun begitu kami amat mengalu-alukan kedatangan perwakilan badan-badan kemasyarakatan, para penyelidik dan media massa dari Negara-negara tersebut.
Pemerintah Negara ini sebelum ini tunduk kepada kuasa-kuasa besar puncanya adalahkerana perlukan bantuan kewangan oleh kerana itu mereka tidak mendapat mandat rakyat. Maka kami disini dengan tegasnya mengiklankan bahawa rakyat telah pun memberi mandat kepada gerakan kebangkitan yang berlaku sekarang dan sebarang bantuan kewangan luar yang bersyarat serta bermatlamatkan untuk menjatuhkan mandat ini adalah kami tolak. Sesungguhnya kemuliaan negara kami mengatasi segala-galanya.

Berkaitan dengan situasi di Negara Libya sekarang yang merupakan Negara saudara kami, bahkan ianya juga berkaitan langsung keamanan Negara kami. Begitu juga di sana terdapat 1.5 juta rakyat Mesir yang menjadi tanggungjawab Pasukan Tertinggi Akatan bersenjata memastikan nyawa dan keselamatan mereka. Bahkan mereka bertanggungjawab untuk memastikan warganegara ini selamat pulang ke Mesir. Begitu juga kami yakin Badan ini akan membantu golongan yang sedang menderita di Libya.
Kami IM menegaskan bahawa kami menolak permintaan sebahagian golongan terpelajar yang meminta campurtangan Amerika di Libya untuk menyelamatkan rakyat Libya dari kezaliman pemimpinnya. Sebenarnya campurtangan tersebut merupakan suatu yang amat bahaya bagi Libya dan juga Negara lain yang berdekatan dengannya di rantau ini. Sesungguhnya kehancuran yang berlaku di Iraq akibat campurtangan asing adalah pengajaran yang sangar bernilai kepada mereka yang ingin mengambil pengajaran. Kami yakin rakyat Libya mampu dengan izin Allah untuk menjatuhkan pemimpinnya yang angkuh dan zalim sekalipun terpaksa membayar harga yang mahal.
( وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ)
الإخوان المسلمون
القاهرة فى : 20 من ربيع الأول 1432هـ
23 Februari
2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: