Marilah kita mulakan langkah untuk berubah

Setelah agak lama tidak berkesempatan untuk update saya punya blog, rasanya tidak kurang dari 3 bulan. Dengan kehendak Allah terbaca dan terpanggil untuk berkongsi bahan tulis Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur sebagai persiapan minda untuk menghadiri insya Allah “Konvensyen Kejatuhan Empayar Islam Melayu Melaka 1511” sempena 500 tahun kejatuhannya. Anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Durian Tunggal, Melaka pada hari sabtu ini 29 Januari 2011 mulai jam 8.00 pagi-5.30 ptg.

Semoga perkongsian buah fikiran al marhum Ustaz Mustafa ini menyeramakkan lagi usaha mendidik dan merubah masyarakat kita kearah kebaikan serta keredhaan Ilahi.

Ustaz Mustafa Masyhur berkata di dalam buku “Aliran Islam dan Peranannya dalam Membina” telah menulis:

Marilah wahai anak watan sekelian, pemerintah dan rakyat, marilah kita sama-sama sepakat mengakui bahawa keadaan dalam watan kita amat buruk dan semakin buruk. Marilah kita sepakat mengakui bahawa banyak perkara yang perlu dilakukan segera sebelum terlambat.

Kita sepakat mengakui bahawa satu pelan pembinaan semula watan ini mesti
dirangka, bukan pelan tempelan. Marilah kita sepakat mengakui bahawa falsafah yang mendasari pembangunan semula ini mestilah bersumberkan Islam yang merupakan akidah rakyat negara ini dan agama rasmi. Marilah kita sepakat mengakui akan kegagalan prinsip-prinsip bumi yang dicipta
oleh sebahagian manusia di beberapa negara dan dalam beberapa era.

Kami menuntut kepada semua anak watan agar memberikan perhatian penting kepada perkara ini. Ini adalah urusan yang serius, bukan main-main. Ia berkaitan kesudahan dan masa depan watan ini, bagaimana kita boleh menghindarkannya dari mara bahaya yang semakin menghampirinya setiap hari.

Bagaimana kita mahu memelihara anak-anak kita dan generasi akan datang dari masa depan yang amat buruk jika keadaan sekarang berterusan tanpa
dilakukan sesuatu. Kami menyeru semua pihak yang insaf, para penulis yang bebas, para pemikir dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan pembangunan watan agar menyumbang dengan mata pena dan pengalaman kepakaran mereka untuk melakukan perubahan yang kita mahu, iaitu perubahan dari prinsip-prinsip bumi serta segala peninggalan pahitnya dan hasil yang merbahaya, berubah kepada penyelesaian sempurna bersumberkan akidah yang dipegang oleh majoriti rakyat, yang dapat dimengerti kebaikannya oleh mereka yang faham dan sedar daripada kalangan minority rakyat bukan Islam.

Kami menyeru pakar-pakar dalam bidang ekonomi, politik, undang-undang, pendidikan dan lain-lain agar terlibat dalam menonjolkan keindahan penyelesaian Islam dan kelayakannya untuk dilaksanakan, selain menonjolkan kelemahan dan kekurangan yang ada pada penyelesaian lain. Kami rasa masih ada ruang kebebasan menulis, dan seseorang penulis itu tidak akan ditimpa kemudaratan disebabkanpenulisannya insyaAllah.

Kami amat berharap agar semua lapisan masyarakat yakin bahawa sistem ciptaan manusia telah gagal dengan hujah dan bukti yang nyata, dan penyelesaian cara Islam amat layak dan dialu-alukan. Keyakinan sebegini amat penting agar kita dapat bangkit dengan sepenuh tenaga dan kekuatan tanpa menoleh ke belakang.

Sesungguhnya jalan kita amat bertepatan sekali dengan undang-undang Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (ar-Ra’d:11).
Berdasarkan ayat ini, kita dituntut agar melakukan perubahan pada individu, keluarga dan masyarakat. Merubahkefahaman, tasawwur, akhlak, semangat dan segala ciri-ciri individu, rumahtangga dan masyarakat. Merubah semua itu agar bertepatan dengan ajaran Islam dan adabnya. Kita semua maklum bahawa membina rijal lebih payah berbanding membina institusi dan kilang.

Semoga perkongsian ini dapat memandu kita untuk memperbaiki diri, keluarga, masyarakat, Negara dan umat semata-mata untuk mencari redhanya.

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”
Ikhlas Dari,

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
Ketua Biro Pembangunan Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Ipoh.
27 January 2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: