Selamat berjuang dan semoga cemerlang dengan izin Allah

Selamat Berjuang Semoga Cemerlang Dengan Izin Allah


Tulisan kali ini kutujukan khusus kepada anak-anak didik generasi pelopor AIM (Akademi Ikatan Muslimin) dan para pengunjung sesawang ini amnya. Ustaz yakin ketika jari jemari ini sedang menekan huruf-huruf di keyboard , antum sedang berjihad bersungguh-sungguh membuat persediaan terakhir bagi menduduki peperiksaan STAM yang akan bermula pada hari Isnin 18 oktober ini. Doa tulus dan ikhlas dari kami warga lembaga akademi dan tenaga pelajar serta ibubapa “ Semoga antum semua cemerlang dalam peperiksaan sebagaimana antum cemerlang dalam membina keperibadian untuk melahirkan generasi harapan”.

Alhamdulillah berkat usaha dan kesungguhan serta limpahan rahmat dan izin Ilahi, Akademi Ikatan Muslimin Ipoh Perak masih dapat memberi sumbangan untuk melahirkan generasi muda Islam yang bakal meneruskan perjuangan ini di bumi tercinta ini satu hari kelak. Ini adalah hasil dari kepercayaan ibubapa dan masyarakat kepada kami untuk mendidik generasi muda yang bakal menjadi ulama’ dan pemimpin hari muka. Tidak dilupakan keprihatinan dan pengorbanan Jemaah Pengurusan Akademi serta para asatizah yang berusaha sedaya mungkin untuk memastikan akademi ini mencapai hasrat dan cita-citanya melahirkan generasi harapan ummah. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga disalurkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak khususnya bahagian pendidikan di atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan. Seterusnya juga kami mengucapkan ribuan terimakasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak khususnya unit peperiksaan di atas kelulusan akademik ini menjadi pusat peperiksaan STAM untuk calon-calon kami.

Kepada para bakal penuntut Al-Azhar As-Syarif, Gunakanlah kesempatan yang masih ada ini untuk memastikan antum buat yang terbaik dan jangan hampakan harapan ibubapa, guru dan masyarakat. Antum mempunyai kemampuan dan kebolehan dengan izin Allah untuk mendapat keputusan yang cemerlang Insya Allah. Semoga dengan kejayaan ini nanti dapat membuktikan keupayaan akademi ini melahirkan pelajar yang berjaya dan cemerlang yang bakal memimpin generasi harapan mengembalikan kegemilangan ummat ini.

“أللهم اجعل شبابنا وشباب المسلمين من الممتزين في دراستهم ومن الممتزين في خلقهم برحمتك يا أرحم الراحمين”

“Ya Allah jadikan pemuda-pemudi kami dan pemuda-pemudi muslimin dikalangan mereka yang cemerlang dalam pembelajaran dan cemerlang akhlaq mereka, dengan RahmatMu Ya Arhama Arrahimin”.

Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam
Ketua Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Akademi Ikatan Muslimin
15/10/10

Comments
4 Responses to “Selamat berjuang dan semoga cemerlang dengan izin Allah”
  1. IbnuRoslan berkata:

    Salam ust…
    Syukran dan tahniah atas pengorbanan dan jasa para Murabbi AIM yang selama ini berkorban masa dan tenaga demi menyampaikan ilmu dan menyebarluaskan dakwah di pelusuk dunia..Moga usaha kalian akan diberkati Allah…
    Salam dari kami~Ammar Roslan dan Muhammad Mustafa dari Jordan…Pohon doa dari kalian utk kami…

    • ibntamam69 berkata:

      Salam kembali,
      Ana doakan kejayaan semua i.allah samada mesir, jordan mahupun di mana saje… mudah2an antum adalah generasi harapan
      untuk mengembalikan kegemilangan ummat ini. Belajarlah bersungguh2 namun dakwah n perjuangan jangan sekali dipinggirkan..
      manfaatkan masa muda antum sebaik mungkin kerana antum bukan bermula dari kosong tetapi melalui pengalaman generasi yang
      telah melalui jalan ini..bak kata ust syed qutb dalam haza deen kita ada رصيد الفطرة و رصيد التجربة.

  2. Cikgu Zul berkata:

    Salam…

    Selamat berjuang di negeri tercinta…Perak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: