Bangsa Melayu Mulia Dengan Islam

Dalam kesempatan yang terhad ini, terdetik hati untuk menulis sedikit tentang tajuk diatas satu tajuk besar yang sewajarnya direnung dan diteliti semula oleh umat melayu khususnya di tanahair tercinta ini. Dalam bulan Ogos dan September setiap tahun kita mengingati hari kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 31 ogos 1957 dan kita juga meraikan hari Malaysia pada tanggal 16 september 1963.

Bagi generasi tua berbagai pengalaman perjuangan dan perubahan yang berlaku telah mereka rasai dan lalui sedangkan bagi generasi muda mungkin hanya sebahagian kecil sahaja yang mengambil peduli tentang sejarah bangsa dan negara ini.
Para sejarawan silam pernah mengungkapkan ” Sesiapa yang tidak membaca sejarah mereka tidak akan mampu mencipta sejarah”. Berdasarkan ungkapan ini saya ingin mengajak para pembaca merenung kembali sejarah asal usul tanahair tercinta ini.

Dulu sebelum bumi bertuah ini dikenali sebagai tanah melayu ianya telah bermula dengan Kewujudan Kesultanan Melayu Melaka yang cukup terkenal. Tidakkah kita sedar dahulu bahawa kita adalah antara pusat dagangan antarabangsa yang terkenal bahkan Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan yang berdaulat dan disegani khususnya di asia hinggakan kerajaan china yang ketika itu antara kuasa besar dunia menghantar puteri untuk menjadi permaisuri Melaka.
Sejarah telah membuktikan keagungan Kesultanan Melayu Melaka adalah kerana mereka itu bukan sekadar bangsa melayu tetapi juga seorang muslim. Mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan peribadi, masyarakat dan negara. Bahkan terdapat catatan sejarah yang mengaitkan kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan IslamTurki Othamaniah.
Apabila Islam mula berkembang di Kepulauan Melayu ini maka Kesultanan Melayu Melaka adalah antara tempat terpenting dalam pengembangan tersebut.

Begitulah kehebatan nenek moyang kita dulu apabila mereka dekat dengan Islam mereka bukan sekadar pedagang, pemerintah tapi juga adalah duat ilallah. Sebenarnya tidak salah untuk kita mengingati kemuliaan bangsa ini selagimana ianya tidak bertentangan dengan syarak. Bahkan ianya adalah aset yang sangat berharga untuk kita.

Wahai bangsaku lihat realiti kita hari ini..perpecahan yang semakin gawat samada disegi politik mahupun yang lainnya…

Sesungguhnya ini adalah satu kerugian yang amat besar bagi umat ini…lihat saja anak muda kita hari ini makin tenggelam dengan hiburan yang melampau, perzinaan, penagih dadah, mat rempit dan seumpamanya.

Ini adalah fenomena kehidupan generasi muda melayu yang akan menjadi pewaris kepimpinan akan datang…. Kepada Golongan Pemerintah, Ahli Politik, Ahli Akademik dan sesiapa yang rasa bertanggungjawab, marilah sama-sama kita mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ini berdasarkan petunjuk Ilahi bukan kepentingan politik mahupun peribadi semata. Adakah kita rela Bangsa Melayu yang cukup mulia satu ketika dahulu akan berkubur dengan sebab kealpaan dan kelalaian kita?
Ingat Sesungguhnya Melayu dan Islam tak boleh dipisahkan. Kesejahteraan Negara Malaysia Tercinta adalah pada kekuatan bangsa melayu dan kemuliaan bangsa melayu adalah dengan sebab mereka menjadikan Islam sebagai panduan dan pedoman hidup.

” Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
Ketua Biro HRD ISMA Cawangan Ipoh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: