Pendirian IM dalam Serangan Lanun Zionist

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Penjelasan Jamaah Ikhwan Muslimin berkaitan:-

“Pencabulan Zionist keatas Kapal Kebebasan”

Pada awal pagi hari Isnin 31 mei yang lalu, Pihak Zionist (Israel) telah melakukan jenayah tanpa peri kemanusiaan dengan menyerang kapal kebebasan yang sedang menuju ke Ghaza untuk memberi bantuan kepada penduduk palestin dan membuka sekatan yang dikenakan keatas mereka sejak beberapa tahun yang lalu. Kesan serangan ketenteraan yang dipimpin oleh Ketua Turus Angkatan Tentera Lautnya  ini telah mengakibatkan  kematian dan kecederaan beberapa orang aktivis keamanan dan kemanusiaan yang berada diatas kapal tersebut.

Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan yang dilakukan oleh pihak Zionist ini keatas kapal tersebut dan penumpang-penumpang yang merupakan orang awam yang tidak berdosa. Ikhwan juga menegaskan pendirian tetap  mereka yang menentang zionist dan tindakan kejam yang berterusan yang dilakukan oleh mereka keatas bumi dan penduduk Palestin yang merupakan bumi Arab dan Islam.

Dalam suasana gawat yang sedang berlaku dan berterusan sikap degil Zionist mengetuk gendang perang melawan orang awam yang datang dari puluhan Negara Islam, Eropah dan Arab. Maka Kami dengan ini menyeru kepada semua penduduk di Negara Arab, Negara Islam dan Dunia seluruhnya supaya menzahirkan kemarahan mereka keatas tindakan tersebut dengan kemampuan yang maksima. Kami juga menyeru supaya digunakan segala pendekatan yang terbaik untuk menekan Negara dan Pemerintah mereka supaya mengambil tindakan segera untuk menghalang kekejaman Zionist yang tidak berperikemanusiaan ini keatas Kapal kebebasan tersebut.

Kami menuntut keatas Pemerintah Negara Arab dan Islam khususnya Mesir, supaya bergerak pantas dan mengambil tindakan yang berkesan untuk menghalang pembunuhan jiwa yang tidak berdosa samada diatas Kapal Kebesasan mahupun di bumi Palestin. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Mesir untuk membuka laluan di sempadan Rapah dengan serta merta, kerana penutupan laluan ini adalah sebab utama permasalahan ini berlaku. Kami juga menyeru agar kerajaan Mesir mengusir duta Israel dari Kaherah dan begitu juga dari semua ibunegara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Kerajaan Zionist dengan secepat mungkin. Rentetan dari itu juga hendaklah diiklankan putusnya segala jenis hubungan dengan kerajaan Zionist tersebut. Kesatuan Liga Arab hendaklah bertindak dan memikul tanggungjawab terhadap apa yang terjadi dari kebiadaban lanun Zionist melawan rakyat Palestin dan orang awam yang berada di atas kapal kebebasan tersebut.

Ikhwan Muslimin juga menegaskan bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas kemungkinan perang dunia yang akan berlaku akibat

tindakan kejam Zionist ini….. Manakah dia Tindakan Antarabangsa ke atas jenayah seumpama ini?????..Dimanakan Fasa Ketujuh dari Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Bilakah ia akan digunapakai , bukankah ia perlu dilaksanakan keatas jenayah kejam yang telah berlaku ini???

Kami juga Menuntut Persidangan Negara-nerara Islam, Pertubuhan-pertubuhan Sekerja, Badan-badan sukarelawan antarabangsa, Institusi-institusi Masyarakat Madani dan Pertubuhan Hak Asasi manusia serta mereka yang cintakan kebebasan supaya bergerak pantas dan mengambil tindakan yang positif menentang Zionist. Oleh itu di mana sahaja kalian berada bergeraklah dan bertindaklah secara berterusan untuk menyekat Zionist dan menghalang mereka dari meneruskan kezaliman yang telah berpanjangan ini…

﴿وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ﴾

الإخوان المسلمون

القاهرة فى :   17 من جمادى الآخرة 1431هـ – 31 من مايــــــو 2010م

Terjemahan  Oleh:

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam

Pengerusi Aman Palestin Perak.

Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA Ipoh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: