Bahaya Yahudi

Khutbah Jumaat: “Bahaya Yahudi”

ألحمد لله القائل : “لتجدن أشد الناس عداوة للذين ءامنوا اليهود والذين أشركوا”

أشهد أن لااله الاالله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وصفيه وحبيبه, اللهم صل وسلم على هذا النبي الأمي الذي بلغ الرسالة وادى ألأمانة ونصح الأمة وجاهد في الله حق جهاده حتى اتاه اليقين وهو امام المتقين وقادة دعاة المجاهدين فصلوا عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعه باحسان الي يوم الدين.

أما بعد,

فيا عباد الله, اتقوا الله أوصيكم واياي بتقوى الله فقد فاز المتقون.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah diatas nikmat dan anugerahNya yang melimpah ruah kepada kita. Maksud Ayat Al-Quran yang say abaca di permulaan khutbah tadi ialah:-

82. Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. (Surah Al-Maidah)

Khutbah pada kali ini ingin mengajak sidang jemaah untuk menghalusi kandungan ayat ini khususnya berkaitan dengan permusuhan orang-orang Yahudi keatas Umat Islam.

Sesungguhnya Orang-orang Yahudi dan golongan kuffar sememangnya berusaha untuk menghalang Umat Islam dari menjadi pemimpin dunia.

Oleh itu diantara objektif utama yang ditetapkan oleh orang-orang Yahudi berkaitan sikap mereka kepada  Umat Islam ialah:-

  1. Berusaha memalingkan Umat Islam daripada keimanan kepada kekufuran.
  2. Menjauhkan Umat Islam dari memegang tampuk kepimpinan dunia.
  3. Memegang tampuk dunia, menguasai Negara Umat Islam dan Mengekploitasi segala kekayaan Negara tersebut.

Berkaitan dengan objektif pertama Allah swt telah berfirman:-

ولا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم ان استطاعوا ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم في الدنيا والأخرة

217. dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan Yang demikian); dan sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat. (surah Al-baqarah: 217)

Oleh itu kita dapati berbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk mengembalikan Umat Islam kepada kekufuran. Teori Darwin, Fahaman Komunis, Sekularisme, liberalisme dan seumpamanya adalah antara perkara yang cuba disogokkan kepada umat Islam dan manusia sejagat agar kita tidak mengenali pencipta Rabbul Jalil, tidak mengetahui kemuliaan dan hakikat sebenar kewujudan manusia diatas mukabumi ini bahkan sehingga menganggap agama adalah penghalang kemajuan, kebebasan dan seumpamanya.

Mereka telah berusaha dengan bersungguh untuk mencapai hasrat ini. Apatah lagi di zaman dunia tanpa sempadan ini. Segala kefahaman mereka di salurkan dengan cukup halus dan teliti sehingga akhirnya kita mengikut cara mereka dalam berbagai aspek kehidupan termasuk dalam aspek keagamaan. Hari ini suara menyatakan semua agama adalah sama. Tiada perbezaan antara mana-mana agama di dunia ini semakin lantang kedengaran…. Siapakah di sebalik seruan yang indah tapi beracun dan cukup bahaya ini…. Mereka para orentalis dan cendiakawan yahudi.

Ingatlah pertembungan mereka dengan kita adalah Pertembungan mereka untuk memerangi aqidah Islam yang suci. Pastikan diri kita bebas dari usaha dan tipudaya licik mereka.

Firman Allah:-

يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون

8. mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).

Sidang Jumaat Yang Dihormati Allah,

Sementara objektif kedua pula iaitu:-

  1. Menjauhkan Umat Islam dari memegang tampuk kepimpinan dunia.

Ianya telah bermula sejak sekian lama. Secara ringkasnya mereka dengan kerjasama kuasa-kuasa besar dunia telah bersekongkol untuk menjatuhkan khilafah Turki Islamiah yang merupakan lambang kemuliaan umat pada masa dahulu. Sehingga Sultan Abd Hamid yang ke 2 telah cuba disogokkan oleh pemimpin zionis sedunia Theodor Hertzel agar menyerah bumi Palestin kepada Yahudi dan sebagai balasan baginda sultan dijanjikan dengan habuan pencen yang tidak habis dimakan selama tujuh keturunan.Tapi Alhamdulillah Sultan Abdul Hamid ke 2 dengan keimanan dan ketaqwaannya menolak tawaran tersebut.

Kesannya sehingga hari ini tidak lahir mana-mana Negara umat Islam yang mampu memimpin dunia Islam dan menyatukan mereka serta mengembalikan empayar (Khilafah) Islam yang silam. Kejatuhan Khilafah Islamiah pada tahun 1924 adalah antara tragedi sedih bagi umat ini.

Sementara kesan kejatuhan ini kepada Negara dan Umat Islam lebih parah lagi. Umat Islam telah hilang identiti keislamannya dan Negara Islam pula kebanyakannya mundur, miskin dan tergolong dalam Negara yang bermasalah. Inilah realiti kita hari ini.

Oleh itu dari mimbar yang suci ini saya mengajak diri saya dan tuan-tuan sekelian agar kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan kembalikan kemuliaan umat ini.

Sidang Jumaat yang di pilih Allah,

Objektif yang ketiga pula:-

  1. Memegang tampuk dunia, menguasai Negara Umat Islam dan Mengekploitasi segala kekayaan Negara tersebut.

Cukuplah penjajahan Bumi Palestin sebagai contoh. NegaraPalestin telah dijajah pada tanggal 14 Mei 1948 dan diumumkan secara rasmi oleh Israel kepada dunia pada tanggal 15 Mei 1948.

Kira-kira seminggu yang lalu orang Yahudi menyambut ulangtahun ke 62 penjajahan mereka keatas bumi Palestin. Apa yang berlaku disana tak perlu saya ulas panjang. Sidang jemaah boleh saksikan melalui kaca tv dan mass media yang ada.

Apa yang ingin saya sebutkan disini ialah bumi Palestin dijajah oleh Yahudi adalah dengan tujuan untuk dijadikan pusat pemerintahan mereka bagi memerintah dunia. Mereka sedang berusaha untuk merealisasikan impian mereka membina Negara Israel Raya dari Sungai Nil Di Mesir Ke Sungai Furat di Iraq bahkan mereka bercita-cita untuk menguasai kembali Kota Madinah Munawarrah.

Kota Al-Quds yang terletak didalamnya masjid Al-Aqsa akan dinobatkan sebagai Ibu Negara bagi kerajaan tersebut.

Apa yang sedang berlaku di kota Alqusd sekarang? Orang-orang yahudi telah menguasai lebih 80 % Bandar tersebut dan mengusir umat islam sedikit demi sedikit. Pada Tanggal 15 mac yang lalu mereka telah membina sebuah museum dikawasan berhampiran masjidil aqsa untuk tujuan pelancungan bahkan bakal dijadikan tempat menyimpan bahan sejarah yahudi terutamanya akan diletakkan model rumah ibadat mereka The King Solomon Temple. Hasrat mereka adalah untuk mendirikan rumah ibadat diatas keruntuhan Masjid Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama kita dan bumi tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Sidang jumaat yang di berkati Allah,

Bukan itu sahaja yang berlaku di kota Alquds.. bahkan yang lebih menghairankan lagi ialah apa yang sedang berlaku kepada umat Islam di sana. Pada setiap hari jumaat seumpama hari ini. Apabila pintu rumah di buka mereka mendapati ada tentera Israel yang bersenjata memberikan isyarat tutup pintu dan jangan keluar rumah untuk bersolat jumaat di masjidil aqsa.

Sehinggakan ada yang terpaksa memanjat dan melompat bangunan untuk pergi solat jumaat bahkan ada yang menggali laluan bawah batu bukan bawah tanah kerana kota Al-Quds kawasan berbatu untuk ke masjidil Aqsa.

Yang lebih pelik dari itu, mana-mana lelaki palestin yang dianggap mempunyai masalah dengan pasukan keselamatan Israel di denda dengan hukuman menjauhkan diri mereka dari masjidil aqsa…. Sebagai contoh seorang lelaki di hukum tidak boleh menghampiri masjidil aqsa dalam jarak 250 meter. Sekiranya beliau mengingkari arahan ini beliau akan ditangkap dan disumbat ke dalam penjara Israel.Sedangkan Jarak rumah beliau dengan masjidil aqsa tidak samapai 50 meter….!!! Inilah adalah antara perkara yang sedang berlaku di sana tapi kita amat malang tidak mengetahuinya kerana kebanyakan media antarabangsa gagal memberikan laporan sebenar apa yang sedang berlaku di sana.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah:

29. Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (Al-Fath)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Disediakan Oleh:

Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam,

Pengerusi Aman Palestin Cawangan Perak.

Ketua Biro HRD

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Caw Ipoh

Imam Masjid Sultan Idris Iskandar Shah Sungai Rokam Ipoh

21 Mei 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: