62 tahun Nakbah Palestin



Ketika jari ini menekan butang-butang huruf komputer riba, hati saya terasa sayu dan hiba mengenang nasib saudara seagama yang telah ditindas sejak sekian lama… mudah-mudahan ianya bukan kesedihan semata tapi Insya Allah ia merupakan ianya merupakan pemangkin kepada amal kita untuk membebaskan Palestin dan Al-Aqsa dari penjajahan Israel walaupun musuh-musuh Allah bersatu menentangnya.

Hari ini genaplah 62 tahun Israel dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan Britain terus berkuasa dibumi suci milik umat Islam. Palestin perlukan pembelaan dan perhatian kita. Kenapa kita perlu mengambil berat apa yang sedang berlaku mungkin itu persoalan yang menghantui minda para pembaca sekelian. Untuk menjawab soalan ini saya ingin mengemukakan beberapa fakta yang boleh kita kongsi dan bincangkan bersama antaranya:-

1.  Palestin adalah antara bumi suci yang disebutkan secara jelas di dalam al-quran dan Hadith yang kita dituntut mempertahankannya kesucian dan kemuliannya. Alhamdulillah sehingga kini Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabi Di Masjid berada dalam kekuasaan umat Islam. Sedangkan Masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestin berada ditangan musuh. Adapaun masalah umat Islam ditempat lain bukan tidak penting tetap penting tetapi keutamaan mestilah diberikan kepada 3 kota suci ini kerana ianya adalah lambang kemuliaan dan kehormatan maruah Islam itu sendiri.

2. Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan ini akan berterusan hingga ke hari kebangkitan. Masa depan dan kemuliaan umat Islam adalah berkait rapat dengan situasi yang sedang berlaku di Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya. Sekiranya kita mengambil sikap tidak peduli dan berdiam diri dengan apa yang berlaku di sana bererti kita redha dunia ini terus dikuasai oleh Amerika dan kuncu-kuncunya yang mana Zionis adalah pelakun sebenar bagi kuasa besar dunia itu di sebalik tabir. Keperihatinan kita kepada isu Palestin adalah merupakan tanggungjawab kita untuk kembali meletakkan Islam dikemuncaknya.

3. Sahabat seagama kita di Palestin Allah telah tentukan untuk menjadi wakil kita dalam mempertahankan tempat suci ini. Mereka tiada pilihan lain, mereka telahpun sanggup berkorban apa sahaja untuk mempertahan Palestin dan Al-Aqsa. Kita semua maklum kemampuan mereka amat terbatas namun mereka tetap enggan tunduk kepada Israel. Mereka ditakdirkan Ilahi untuk berada di sof hadapan untuk mempertahankan kemuliaan dan kesuciaan umat ini. Adakah layak untuk kita mereka terus bersendirian sedang kita hidup penuh dengan keamanan, kesenangan dan kegembiraan. Cukuplah segala sekatan, penangkapan, penindasan, penafian hak, pembunuhan dan berbagai jenayah yang dilakukan oleh Israel keatas mereka. Jangan kita menambah beban mereka dengan mengambil sikap tidak peduli dan berdiam diri dengan apa yang berlakun di sana.

Semoga apa yang saya sempat catatkan di sini boleh dijadikan bahan fikir kita bersama dalam meneruskan perjalanan hidup yang sementara ini. Pastikan Amal yang kita lakukan untuk bertemu Ilahi adalah amal yang terbaik dan berkualiti di sisi Ilahi.

Ikhlas dari:

Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam

Pengerusi Aman Palestin Cawangan Perak

Ketua Biro Hrd ISMA Cawangan Ipoh.

Comments
3 Responses to “62 tahun Nakbah Palestin”
  1. maryam shakirah berkata:

    allahuakbar!

  2. fuadzaki berkata:

    Peringatan yang mencerahkan hati..Jazakallahu khoirul jaza’,ust..

  3. salmah binti mat junoh berkata:

    palestin sentiasa di hatiku….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: