Tahniah dan Teruskan Perjuangan

Keputusan peperiksaan SPM dan STAM 2009 telah pun keluar kira-kira 3 minggu yang lalu. Ana mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan alfu mabruk, tahniah, syabas dan alhamdulillah kepada anak didik STAM Al-Hidayah sesi 2009 yang diatas kejayaan cemerlang antum.

Walaupun berbagai liku dan cobaan kita hadapi bersama sepanjang tahun 2009 namun hasil kefahaman, keyakinan dan keikhlasan kita Allah buktikan dengan keputusan cemerlang antum. Kami barisan pendidik stam amat bersyukur dan berbangga dengan kejayaan antum. Alhamdulillah 12 orang dapat mumtaz dan 2 orang darinya dapat mumtaz semua mata pelajaran. Harap-harap tersenarai pula untuk anugerah cemerlang STAM JAKIM & Jaipk.

Sijil telah diperolehi jadi teruskanlah perjuangan dan langkahan ke menara gading berikutnya. Bagi ana Mesir adalah destinasi terbaik untuk antum menyambung pelajaran dan menimba pengalaman dakwah serta kehidupan. Universiti Al-Azhar dan usianya yang telah panjang amat sesuai dijadikan tempat untuk mengautkan sebanyak mungkin khazanah ilmu Islam. Antum adalah duta umat ini untuk memahami Islam, beramal dengannya dan mendidik masyarakat kepada kefahaman Islam yang sebenarnya apabila pulang ke tanah air kelak.

Untuk anak-anak didik AIM STAM jadikanlah kejayaan mereka sebagai cabaran kepada antum untuk cemerlang pada tahun ini. Kami barisan pendidik i.allah akan cuba membantu sedaya upaya kami untuk kejayaan antum dengan izin Allah.

SIRU ALA BARAKATILLAH….

Shaharuzzaman Bistamam

Dulu Tenaga Pendidik Stam Al-Hidayah

Sekarang  Ketua Unit Pendidikan & Pembangunan Insan AIM

Comments
3 Responses to “Tahniah dan Teruskan Perjuangan”
  1. Syed berkata:

    AIM!!!
    Membina Generasi Harapan!

  2. madkd90 berkata:

    “Antum adalah duta umat ini untuk memahami Islam, beramal dengannya dan mendidik masyarakat kepada kefahaman Islam yang sebenarnya apabila pulang ke tanah air kelak.”
    insya Allah ana akan igt pesanan syeikh murabbi ini~

    jazakumullah khairan kathiran ustaz.
    tiada kejayaan tanpa jerih payah murabbi yg cekal mendidik biarpun badai melanda tanpa disangka.
    hehe
    ilalliqo’ massalamah!

  3. mesir10 berkata:

    barakallah buat ust atas didikan dan sokongan kpd kami…..
    ini hadiah kami buat ust dan juga ‘hadiah’ kpd lembaga HIDAYAH………
    doakan kami menjadi daie yg terbaik dan kembali utk menghidupkan nadi ummat ini insyaALLAH……….

    ibnu salam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: