Ahlan Wasahlan Perintis AIM…. Goodbye Al-Hidayah

Alhamdulillah tanggal 10 januari lalu adalah hari bersejarah bagi diri saya. Pada hari tersebut adalah hari pendaftarankemasukan generasi pertama Akademi Ikatan Muslimin (AIM) yang merupakan tempat kerja baru bagi saya setelah berkhidmat di Al-Hidayah sejak sekelian lama. Akademi Ikatan Muslimin adalah sebuah pusat pengajian yang menawarkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi lepasan SPM dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke IPT di Timut Tengah khususnya Universiti Al-Azhar Mesir. Semoga kemunculan AIM yang menawarkan alternatif pengajian setara matrik al-azhar dapat memberikan alternatif baru kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah

Tenaga Pensyarah yang terlibat di AIM adalah mereka yang berkelulusan Timur Tengah dan mempunyai pengalaman yang mendalam mengendalikan kelas STAM. Saya sendiri terlibat sebagai salah seorang tenaga pensyarah disini. Sudah tentu my fauvorite lesson… Tauhid dan Mantik tapi kali ini kena ngajo feqh dan mirath pulak, ini satu pengalaman baru yang sangat menarik. Sehingga hari ini alhamdulillah student aim ada 30 orang. Mengikut Ust Razmi Ketua Unit Akademik  AIM jumlah ini akan bertambah pada hari-hari yang mendatang. Semoga kedatangan generasi perintis AIM ini sentiasa di berkati Ilahi dan membuka lembaran baru dalam sejarah perjuangan hidup saya

Pelajar Lelaki dan Bapa mereka

Pelajar Perempuan Dan Keluarga mereka

Untuk sahabat-sahabat yang sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan AIM khususnya Jawatankuasa Penaja AIM dan ikhwah akhawat ISMA Perak…. Saya ingin merakamkan setinggi-tingi  penghargaan dan ucapan terimakasih.. semoga amal kita yang kerdil ini diterima Ilahi … Ameeen Ya Rabbal Alamin.

Akhukum

Shaharuzzaman Bistamam

Ketua Unit Tarbiyyah & Pembangunan Insan AIM

Comments
14 Responses to “Ahlan Wasahlan Perintis AIM…. Goodbye Al-Hidayah”
  1. 1NE berkata:

    Alhamdulillah..alfu mubarak!kuatkan azam dan tekad.Semoga antum terus thabat.Salam perjuangan dari ard kinanah,mesir

  2. azman omm berkata:

    AsSalam Sahabat…
    Do’akan semuga berjaya d tmpt baru ini nnti.Mgkn byk hikmahnya dsebalik spa yg terjadi & Ana bersedia memberi pertolongan jk perlu & terdaya.
    Wassallam

    • ibntamam69 berkata:

      Waalaikum salam,
      Terimakasih atas doa dan ingatan enta. Orang mu’min tak boleh putus asa dan dan hilang punca dalam meneruskan kehidupan…

  3. emir.abu.khalil berkata:

    teruskan perjuangan ya Ustaz. in sya Allah, kami mendoakan dan membantu di mana yang termampu. =)

  4. ikhwah dumyat berkata:

    salam perjuangan dari kami..doakn kami semoga d’permudahkan segala urusan..barakallah..

  5. suhailsufian berkata:

    salam, masya’allah!

    sedikit lirik lagu yg menyentuh hati :

    ‘ gunalah falsafah si-cengal emas…..

    Gagah berjuang ditengah umat! Cahayamu pasti Gemilang!!
    Islam pasti bangkit lambat laun,
    Janji tuhan pasti terlaksana!
    Waktu jangan lagi dibuang sia-sia,
    Obor semangat ayuh kita nyalakan!’

    sinar Azhar.

    moga terus thabat!

    • ibntamam69 berkata:

      Jzkk, ya akhi. Kaifa bil bint? Barakallahu Fiha Wa Fi abawaiha…semoga kita mampu mendidik
      genarasi pewaris dgn sebaik mungkin…دقى الجبال نحن فى القمام ….اصنع الرجال أيقظ الهمام
      “Dakilah bukit, kita berada di kemuncaknya…. binalah Rijal, hidupkan himmah mereka…

  6. amad farhan berkata:

    yang terbaik ust………
    teruskan usaha mendidik anak bangsa sehingga mereka kembali sebagai mujtahid ummat ini………
    kita tak nak lahirkan seorang dua mujtahid, tp ribuan mujtahid yang mendokong dan mengembalikan Islam mekar di Malaysia ini……….

    inilah sumpah seorang daie…..

    • ibntamam69 berkata:

      Alhamdulillah… semoga kita bersama mendidik … معا فى تكوين جيل النصر المنشود .. generasi harapan…

  7. Ustaz Hadi berkata:

    Tahniah… alfu mabruk dari ana atas kejayaan membuka AIM. bagi ana AIM adalah tempat berkumpulnya rijal… rijal yang membenarkan ikrar yang diulang2 di dalam solatnya 5 kali sehari “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, adalah semata-mata untuk Tuhan sekelian alam.” moga AIM menjadi Akademi (RUH DAN JASAD) kepada dakwah ISMA di bumi wakaf tercinta ini insyaALlah.

  8. Madihah Ahmad berkata:

    ya junudallah
    sirru lil amam
    fi sabilillah
    yansurnarahman

    mendoakan dan minta didoakan

    • ibntamam69 berkata:

      Jzkk, atas ingatan, sokongan dan doa… Semoga antunna di mesir terus cemerlang dalam
      mendalami ilmu, mendidik diri dan menjadi srikandi dakwah mulia ini demi mencari redha Ilahi..

  9. Pembina Johor berkata:

    mabruk buat semua murabbi AIM !
    moga terus istiqamah melahirkan ulama’ mujtahid..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: