Persamaan & Kemuliaan Jiwa Mu’min

الحمدلله القائل:ربنا انى سكنت من ذرياتي بواد غيرذي زرع عند بيتك المحرم ربنا ليقيمواÇ الصلاة فاجعل أفئدة من الناس تهوى اليهم وارزقهم من الثمرات لعلهم يشكرون .

أشهد أن لااله الاالله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وصافيه وحبيبه. اللهم صل على هذا النبي الأمي وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين, أما بعد,

فيا عباد الله, اتقواالله حق تقاته ولا تموتن الا وأنتم مسلمون. أوصيكم واياي بتقوى فقد فاز المتقون.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Maksud ayat Al-Quran yang saya bacakan di permulaan Khutbah tadi ialah:-

37. “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) Yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahmu Yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat (dan memakmurkannya Dengan ibadat). oleh itu, Jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik  kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. (Ibrahim – 37).

Ini adalah petikan daripada doa nabi Allah Ibrahim (A.S) pada permulaan hijrah Nabi Allah Ismail dan Ibunya Saidatina Hajar ke Kota Mekah. Ketika itu Kota Mekah kering kontang dan tidak mempunyai penduduk tetap. Allah S.W.T telah memakbulkan doa Nabi Allah Ibrahim (A.S), bahkan telah memuliakan Kota Mekah dengan berbagai kemuliaan antaranya ialah: ia merupakan tempat kelahiran nabi akhir zaman, Qiblat Solat umat Islam dan tempat pertemuan sekali setahun bagi umat Islam seluruh dunia melalui ibadah Haji.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saban tahun kita melihat umat Islam dari serata pelusuk dunia tanpa mengira warna kulit, bangsa, bahasa, kedudukan dan darjat keturunan. Mereka berkumpul dan berhimpun di Kota Suci Mekah di dalam suasana penuh keindahan beribadah kepada Allah S.W.T.

Firman Allah,

ليشهدوا منافع لهم ويذكروااسم الله فى أيام معلومات على ما رزقهم من بهيمة الأنعام فكلوا منها وأطعموا البائس الفقير.

   28. “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka Dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); Dengan Yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang Yang susah, Yang fakir miskin. (Al Hajj – 28).

Apabila kita melihat 3 juta ummat Islam berkumpul di Tanah Suci Mekah dengan memakai pakaian Ihram, jelas kepada kita konsep “ المسواة” atau persamaan yang dianjurkan oleh Islam. Mereka memakai pakaian yang sama, serba ringkas dan tiada lambing kemewahan. Semuanya Tawaf mengelilingi ka’bah. Mereka melaungkan lafaz talbiah yang sama …..لبيك اللهم لبيك …… yang samasekali tiada unsur perkauman, hanya yang ada menyahut seruan Ilahi dengan penuh ikhlas dan pengharapan… Seterusnya mereka berkumpul di Arafah tanpa membezakan antara “Si Miskin” dan “Si Kaya”, pemimpin Negara mahupun rakyat jelata… terungkailah segala kemuliaan yang berasaskan darjat keturunan mahupun pangkat dan harta semuanya sama di sisi Allah kelebihan hanya diberikan atas asas ketaqwaan.

Firman Allah yang bermaksud:-

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat -13).

Sabda Nabi S.A.W Semasa Haji Wada’:-

(فليس لعربي على عجمي فضل, ولا لعجمي على عربي فضل, ولا لأسود على أبيض ولا لأبيض على أسود فضل, الا باللتقوى)  رواه ألطبراني.

“مك تيدقله بغسا عرب لبيه مليا درفد بغسا بوكن عرب, دان تيدق جوكا بغسا بوكن عرب لبيه مليا درفد بغسا عرب, دان تيدق جوكا أورغ يغ بركوليت هيتم لبيه مليا درفد أورغ يغ بركوليت فوتيه اتاوفون سباليقن تتافي كلبيهن اداله داتس اساس تقوى”

Begitulah Allah mendidik umat Islam mengenai konsep persamaan melalui Ibadah Haji.

سيدغ جمعة يغ دكاسيهي ألله,

عبادة جح جوكا اداله لمبغ كساتوان دان فرفادوان أومت دالم ملقسنا دان منطاعتي فرينته الله .

 فرمان الله تعالى يغ برمقصود :-

92. Sesungguhnya ugama Islam Inilah ugama kamu, ugama Yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka Sembahlah kamu akan daku. ) Al-Anbiya’ 92).

سماس حج الوداع رسول الله (ص) سباكاي فميمفين اومة تله فون مغيغتكن أومة اسلام تنتغ كمليأن داره دان باوا أومة اسلام  انتارا نبي (ص) برسبدا :-

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَيُّ يَوْمٍ هَذَا؟. قَالُوا: يَوْمٌ حَرَامٌ. قَالَ: فَأَيُّ بَلَدٍ هَذَا؟. قَالُوا: بَلَدٌ حَرَامٌ. قَالَ: فَأَيُّ شَهْرٍ هَذَا؟. قَالُوا: شَهْرٌ حَرَامٌ. قَالَ: فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ، كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا، فِي بَلَدِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا. فَأَعَادَهَا مِرَارًا، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: اللَّهُمَّ هَلْ بَلَّغْتُ؟ اللَّهُمَّ هَلْ بَلَّغْتُ؟. قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما: فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَوَصِيَّتُهُ إِلَى أُمَّتِهِ: فَلْيُبْلِغِ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ، لاَ تَرْجِعُوا بَعْدِى كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ البخاري.

“ Wahai Manusia, Hari apakah ini? Para Sahabat menjawab: “ Hari Haram (mulia) ”, Baginda bertanya lagi: “ Negeri apakah ini”. Para Sahabat menjawab: “ Negeri tanah Haram (Suci)”. Baginda bertanya lagi: “Bulan apakah ini”. Para Sahabat menjawab: “ Bulan Haram (mulia)”.Sabda Baginda: “Sesungguhnya Darah, harta dan maruah kamu adalah mulia seperti mulianya hari ini, negeri ini dan bulan ini”. Baginda s.a.w mengulangi ungkapan tersebut beberapa kali kemudian mengangkat kepalanya lalu bersabda :”Ya Allah, tidak aku telah menyampaikannya?” ”Ya Allah, tidak aku telah menyampaikannya?” Kata Ibnu Abbas (r.a):”Demi  Allah, Sesungguhnya ia merupakan wasiat baginda kepada ummatnya”.”Maka hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir, Janganlah kamu kembali kepada kekufuran setelah kewafaatanku, sehingga sebahagian kamu memenggal leher yang lain.” Diriwayatkan oleh Bukhari.

سبدا باكيندا لاكي:-

(إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يَعْبُدَهُ الْمُصَلُّونَ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ، وَلَكِنْ فِي التَّحْرِيشِ بَيْنَهُمْمسلم.

“Sesungguhnya Syaitan telah putus asa mengharapkan golongan yang solat di kepulauan arab untuk menyembahnya, tetapi dia berusaha memecahbelahkan mereka”

 

بكيتوله باكيندا مغيغتكن أومة اين مغناءي فرفادوان دان كمليأن داره سرتا ياوا أومة اسلام.

سيدع جمعة يغ دمولياكن الله,

رياليتي أومة اسلام هاري اين أمت ميديهكن فرفجاهن برلاكو دمان سهاج. داره أومة اسلام أمة موره هركان ….. مغالير دتاغن موسوه ماهوفون ساودارا ساكام سامادا د أفغانيستان, فاكيستان, فطاني, عراق, سودان, صوماليا, يمن دان لاءين…

سرتا اف يغ سدغ برلاكو دفلسطين سامادا د مسجد الأقصى يغ دكفوغ ماهوفون دغرة يغ دفيسهكن داري دنيا لوار.

افا يغ تله دان سدغ برلاكو دتانه اير ترجينتا جوكا تيدق كورغ هيبتن …فرفجهان دان فربالهن سماكين مرونجيغ…. أفاكه كسودهنن؟

أوليه ايتو داري ممبار سوجي اين ساي ميرو سوفايا كيت كمبالي برساتو كران الله دان دمي كمليأن اسلام.

فرمان الله يغ برمقصود :-

45. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

46. dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar. ) Al-Anfaal -45&46)

بارك الله لي ولكم في ألقرأن العظيم ونفعني واياكم بما فيه من الآيات البينات والذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم

أقول قولي هذا واستغفرالله لى ولكم ولسائرالمسلمين والمسلمات فاستغفروه انه هو الغفور الرحيم.

Disediakan Oleh:

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam

Ketua Biro Dakwah ISMA Cawangan Ipoh.

04/12/2009

Comments
2 Responses to “Persamaan & Kemuliaan Jiwa Mu’min”
  1. penapistola berkata:

    a’kum ustaz,

    kenapa sebahagian dalam rumi, sebahagian dalam jawi? separuh jalan baca, ana terbayang ustaz baca khutbah separuh bahasa melayu, separuh bahasa arab dkt org2 masjid sg rokam tu. Tersengih ana. hehe. tp bila teliti baru tau yang tu tulisan jawi, alhamdulillah boleh baca lagi jawi.

    insyaAllah ana balik Malaysia 14 Disember nnt. tp akan duduk di s.alam dulu sbb ada hal summer skt.

    Moga dipertemukan nnt di Ipoh, insyaAllah.

    • ibntamam69 berkata:

      Waalaikum salam, di buat begitu supaya semua kena baca jawi dan rumi.. ahlan wasahlan kami menunggu kepulangan akhi dan famili… bila nak dapat orang baru?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: