Selamat menghadapi peperiksaan STAM dan teruskan perjuangan

Assalamualaikum Warahmatullah,

Agak lama saya tidak menulis di blog ini…. mungkin kerana kedatangan ramadhan bulan anugerah Allah untuk kita taqarrub kepadanya… mungkin juga kerana kedatangan syawal yang menjanjikan kemenangan dan merupakan kesempatan untuk berziarah samada sanak saudara mahupun rakan taulan… Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk menulis sedikit pesanan pada petang ini.

Pesanan ini khusus di tujukan kepada putera puteri STAM SMA AL-HIDAYAH IPOh yang akan menduduki peperiksaan mulai Isnin ini Insya Allah….

 Pelajar Puteri Stam Al-Hidayah Bersama Syeikh Izzuddin   

 Pelajar putera Stam Al-Hidayah Bersama Datuk Bandar Bait Laheya, Ghaza, Palestin

1. Gunakanlah kesempatan masa yang masih berbaki ini untuk mengulangkaji persiapan terakhir peperiksaan antum. Bagi Muallim kejayaan cemerlang antum dalam peperiksaan nanti adalah merupakan kemenangan kepada muallim. Kejayaan antum adalah kebanggaan muallim bahkan warga pendidik Stam Al-Hidayah seluruhnya. Bahkan ianya bagi muallim merupakan pengubat kepada kesedihan dan penguat semangat untuk meneruskan perjuangan di masa hadapan.

2. Hidupkanlah budaya jamaie  wahai putera puteri dan sahabat seperjuangan… walau sesibuk mana antum study dan membuat persiapan untuk peperiksaan… Allah jangan sekali-kali dilupakan… solat jamaah.. mathurat jamaei dan seumpamanya jagan diabaikan… Teruskan study group antum… bantulah sahabat2 yang mungkin agak lemah… jangan biarkan mereka bersendirian…

3. Doa Muallim antum berjaya dengan cemerlang dengan izin ALLAH….Mukmin mesti cemerlang di mana jua medan yang diceburinya… ingatlah ungkapan Imam Assyahid Hassan Al-Banna:-

كونوا مع الناس كالشجر يرمونه بالحجر ويرميهم بالثمر

“Jadilah kamu dalam hubungan dengan manusia seumpama sebatang pokok yang mempunyai buah yang ranum, manusia membalingnya dengan batu tetapi ia membalasnya dengan buah2nya yang ranum”

Imam As Syafie pernah berkata:-

الحر من راع وداد لحظة وانتمى لمن افاده لفظة

“Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”

Ikhwah/ Akhawat, putera puteri Stam yang dimuliakan Allah,

Muallim doakan kejayaan Antum dunia dan akhirat. Teruskan perjuangan untuk membentuk peribadi muslim yang hakiki dan seterusnya insya Allah menjadi pejuang kepada Islam yang kita cintai ini.

Ikhlas Dari

Muallim Shaharuzzaman Bistamam

Guru Mantiq Stam 2009

Comments
13 Responses to “Selamat menghadapi peperiksaan STAM dan teruskan perjuangan”
  1. bilal_j berkata:

    Bismillah… (ikhlaskan niat)

    Assalamualaikum Muallim Shahruzzaman, (rindunya ^_^)

    Bila baca post ni, macam-macam perasaan datang. Juga terkenang zaman 2007 bersama muallim di Ipoh. Moga muallim sentiasa dalam peliharaan Allah swt.

    “Fasbir kama sobaro ulul azmi minr rusul, wala tasta’jil lahum”

    Nanti jumpa di Malaysia ya, i’Allah ^_^

    • ibntamam69 berkata:

      Waalaikum Salam… Kaifa haluka ya akhuya,,, Ana doakan enta sentiasa sihad dalam jihad ilmu dan pembentukan peribadi…Kenangan lalu mematangkan kita untuk meneruskan perjuangan di hari muka… janganlah jadikan kenangan sebagai penghalang untuk kita maju kehadapan bahkan jadikan ia panduan i.allah… teringin nak jumpa enta kat malaysia dan di sana cairo gak.. hi hi hi..

  2. jelapangpadi91 berkata:

    salam muallim.. syukran di atas sokongan, dorongan, tunjuk ajar dan semangat yang diberikan… INSYAALLAH kami gunakan masa yang ada ngan sebaiknya.. cuma kadang2 menyesal tak study awal…erk.. hm, ALLAHUMMA YUSAHHIL… INSYAALLAH…

    • ibntamam69 berkata:

      Apa2 pun semoga usaha antum diberkati Allah dan insya Allah tercapai apa yang dicita2kan…Ameeen Ya Rabb

  3. afra' berkata:

    salam..

    muallim..

    lame dah x pegi hidayah ipoh..

    ana student muallim dlu batch 2 tahun 2006..

    tapi kejap jer..

    ~

    terima kasih banyak + mohon maaf atas segalanya..

    😉

  4. izzsalamah berkata:

    satu impian…insyaAllah ia kenyataan hari esok.
    Antum semua sentiasa dlm doa kami

    mansurah,
    Mesir

    • ibntamam69 berkata:

      Begitulah harapan dan impian kami ditanahair… semoga jil inqash ummat ini dapat terus di bina dan melengkapkan diri
      untuk tugas mulia tersebut… أحلام اليوم حقيقة الغد ameen ya rabb…

  5. siddiq berkata:

    terima kasih atas segala tunjuk ajar, mllm. Kami doakan semoga ISMA Perak semakin maju dengan usaha mlm2 sekelian.

    • ibntamam69 berkata:

      Sudah menjadi tanggungjawab pendidik utk mendidik…Didikan bukan hanya berteori sahaja tetapi juga dengan praktikal serta sentuhan iman yang menghidupkan hati dalam jiwa manusia… Rijal telah hilang… Ayuhkan kembali Rijal ini untuk kemuliaan umat…

  6. STAM"09 berkata:

    Barakallah hufik ,
    Buat Muallim .

    Syukran Kathiran , ats setiap bimbingan + dorongan . Doakan kami sentiasa ‘MUMTAZ’ , baik dlm matapelajaran mahupun dalam mengemudi arus kehidupan

    Sekali lagi , Terima kasih banyak2 !

  7. ibntamam69 berkata:

    Barakallah fiki,
    sape ye nie? Apa2 pun muallim doakan kejayaan cemerlang untuk semua dunia dan akhirat..Tiada kemanisan dalam perjuangan sekiranya tiada ujian… Ingat Allah mahukan hanya yang terbaik dari kita… tima kasih kerana sudi singgah di blog nie…

  8. ibnuselamat berkata:

    wallahu musta’an…….

Tinggalkan Jawapan kepada bilal_j Batal balasan