Teruskan sesi pembelajaran dengan semangat baru

clasroom_cartoon.gif

Ketika menyusun jari untuk menaip tulisan ini, saya teringat bahawa cuti penggal persekolahan penggal pertama 2009 telah pun sampai ke penghujungnya. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mendoakan kepada semua warga pendidik dan para pelajar sekelian, semuanya selamat dan sudah bersedia untuk meneruskan jihad pembelajaran untuk tempoh seterusnya.
Saya juga mengharapkan agar warga pendidik khususnya dapat melihat sejauhmana usaha mereka mendidik anak watan dalam 5 bulan yang lalu telah mencapai matlamatnya. Sebenarnya peranan para pendidik adalah amat besar dan penting. Mereka adalah tokoh yang telah bertungkus lumus untuk melahirkan pemimpin ummat dan Negara. Bagi warga pendidik muslim, harapan saya agar kita tidak lupa untuk menekankan aspek keimanan dan akhlak yang mulia di samping menghabiskan silibus yang sedia ada.

Warga pendidik mempunyai peranan yang cukup besar untuk memastikan gejala murtad, keruntuhan moral, mat rempit dan seumpamanya dapat diatasi . Di samping keluarga dan masyarakat juga perlu memainkan peranan yang sama. Keprihatinan semua amat penting untuk melahirkan remaja muslim yang beriman dan berwawasan tinggi.

Untuk para pelajar samada peringkat rendah mahupun menengah diharapkan semasa cuti yang lalu, anda telah mengenali kelemahan dan kekuatan diri serta berusaha memperbaikinya. Bagi saya di samping kecemerlangan akademik yang dikejar aspek keperibadian diri jangan sekali diabaikan. Hubungan dengan Allah hendaklah kita tunaikan dengan sebaik mungkin kerana ia adalah asas kecemerlangan dan kejayaan hakiki. Apalah gunanya kecemerlangan akademik sedangkan hubungan dengan Allah kita abaikan…..

Jagalah keimanan kita suburilah ia…. Pastikah segala kewajipan kita kepada Ilahi dapat ditunaikan khususnya solat… pastikan peribadi diri kita melambangkan kecemerlangan akademik kita. Semoga kesempatan cuti ini juga telah digunakan untuk merapatkan hubungan dengan ibubapa, ahli keluarga dan sanak saudara. Semoga hari-hari persekolahan berikutnya akan lebih mematangkan anda dan menjanjikan kecemerlangan peribadi serta akademik.
Selamat kembali ke sekolah dan tingkatkan jatidiri kita sebagai muslim.
Ikhlas Dari
Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: