Khutbah 15 Mei 1948

الحمد الله ألقائل:

“ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل ان هدى هو الهدى ولئن اتبعت أهوآءهم بعد الذي جاءك من العلم مالك من الله من ولى ولا نصير”

أشهد أن لااله الاالله واشهد ان محمدا عبده ورسوله وصفيه وحبيبه وعلى آله وصحبه ومن اتبع سبيله الى يوم الدين. اللهم صل على هذا النبي ألأمى وعلى آله وصحبه أجمعين.

أما بعد, فيا عباد الله اتقوا الله, أوصيكم واياي بتقوى الله فقد فاز المتقون.

وSidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian agar kita sentiasa takut dan cintakan Allah. Sesunguhnya itulah jalan keselamatan, kesejahteraan dan kebahgiaan hidup kita di dunia dan akhirat.

Firman Allah yang saya bacakan di awal khutbah tadi bermaksud

“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam) itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

(Surah Al-Baqarah -120.)

Tanggal 15 Mei 1948 adalah antara tarikh hitam yang mesti diketahui oleh Ummat Islam seluruh dunia. Pada hari tersebut Kerajaan Haram Israel yang dipimpin oleh Chaim Weizmann telah meluaskan kawasan penjajahan dibumi Palestin. Mereka telah menguasai lebih daripada 2/3 tanah suci umat islam dan mengiklan kepada dunia kebiadapan serta keangkuhan mereka. Pada tarikh tersebut lebih daripada 800,000 umat Islam di halau dari kampong halaman mereka dan tidak dibenarkan pulang hingga ke hari ini. Ini adalah satu penafian hak kemanusiaan yang pangjang yang masuk ketahun yang ke 61. Sehingga kini bilangan pelarian tersebut telah meningkat kepada lebih 7 juta orang . Wahai ummat Islam di mana suara kalian dalam isu ini. Wahai badan dunia, PBB dan seumpamanya…. Dimanakan keadilan dan hak asasi  manusia dalam isu ini.

Sidang Jumaat yang dipilih Allah,

Sesungguhnya apa yang berlaku pada tahun 1948 ini adalah antara bukti nyata kelemahan dan kerosakan ummat islam sejagat. Kesannya sampai kehari ini. Permasalahan Ummat Islam ini menjadi tanggungjawab kita bersama. Sejarah telah membuktikan Sekiranya Bumi Palestin berada ditangan kekuasaan Umat Islam bermakna ketika itu umat Ini berada dalam keadaan kuat. Mereka memerintah dunia, Islam didaulatkan, Allah diagungkan dan Perjuangan Nabi S.a.w ditegakkan. Namun begitu sekiranya bumi ini berada di tangan musuh beerti ummat Islam berada dalam keadaan lemah, Jauh dari Allah, meminggirkan perjuangan Nabi S.a.w dan dimamah oleh musuh-musuh mereka. Dan begitu juga seandainya di sana ada usaha untuk kembali membebaskan bumi Palestin dan memartabatkan Islam disana beerti  ummat sedang kembali membina kemuliaannya…. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan ini.

Sebenarnya Penjajahan Yahudi keatas bumi Palestin adalah satu kerjasama dan konspiraci terancang Yahudi Zionist dan kuasa-kuasa besar Dunia. Semasa Di akhir Pemerintahan Kerajaan IslamTurki Uthmaniah, kuasa-kuasa besar dunia ketika itu (Britain, Perancis, Itali, Rusia dll) telah bersepakat untuk memastikan selepas khilafah ini jatuh mereka tidak akan membenarkan satu kerajaan Islam baru lahir menggantikannya. Mereka mengetahui bahawa sekiranya perkara tersebut berlaku Islam pasti akan mengalahkan mereka. Lalu sebagai jalan penyelesaian mereka menggalakkan pencerobohan Yahudi di bumi Palestin.

Kenapa Palestin… mungkin persoalan ini menghantui pemikiran kita…. Jawapannya ialah kerana Palestin adalah jantung hati umat Islam. Palestin satu-satunya Negara yang menjadi laluan dan penghubung antara dua benua iaitu Asia dan Afrika yang merupakan tempat kekuatan Umat Islam ketika itu. Jadi sekiranya kekuatan umat ini hendak dihancurkan maka Palestin mesti dijajah oleh musuh-musuh Islam. Begitulah perancangan mereka dan akhirnya mereka Berjaya. Marilah kita merenung sejarah sebaik mungkin. Ayuhlah kita bangkit dari kealpaan, kelemahan, percakaran sesame islam dan seumpamanya. Islam amat memerlukan Rijal (pejuang) untuk memartabatkan kembali kemuliaan umat, keadilan sejagat dan kesejahteraan dunia ini. Jadilah kita orang yang pertama menyahut seruan ini.

Sidang Jumaat Yang dikasihi Ilahi,

Segala permasalahan dan kelemahan ummat islam sejagat dan di tanahair kita ini perlu dicari penyelesaiannya. Kita semua bertanggungjawab untuk mencari dan merealisasikan penyelesaian tersebut…. Tiada seorang pun dari kita akan lepas dari persoalan ini di hari kita bertemu Rabbul Jalil.

Penyelesaian kepada permasalahan ini hendaklah kita cari jawapan daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Marilah kita kembali membaca, memahami dan mengamalkan isu kandungan keduanya. Dengan ini kita layak untuk menjadi kekasih Allah dan Allah akan permudahkan kita menyelesaikan segala permasalahan kita.

Firman Allah yang bermaksud

24. Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

25. dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. ( Al-Anfaal )

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan Allah,

Sekiranya kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan sebenarnya pasti segala penyelewengan aqidah, gejala social dan permasalahan yang lain dapat diselesaikan. Begitu juga dengan konflik di Palestin, jalan penyelesaiannya ialah dengan kita kembali membentuk peribadi berasaskan pendidikan Islam yang sebenar sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, di contohi oleh para sahabat dan para pejuang kebenaran termasuklah Saidina Umar Al-khattab yang membuka Palestin dan Solahuddin Al Ayubbi yang membebaskan Al-Aqsa dari kekejaman tentera Salib.

Oleh janganlah kita berlengah lagi kerana masa yang berbaki bagi kita amat singkat sedangkan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan berat dan banyak….Hidupkan Al-Quran di rumah kita, pasti masjid kita akan dimakmurkan, pastikan masyarakat kita akan hidup dengan penuh kasih sayang dan segala gejala negative dapat diatasi, pasti Negara kita akan terus gemilang serta dunia kembali kepada petunjuk Al-Quran.

Sabda Nabi s.a.w.

تركت فيكم أمرين ما ان تمسكتم بهما لن تضلوا من بعدي ابدا كتاب الله وسنتي

“Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara sekiranya kamu berpegang kepada kedua-dua (mengamalkannya dan menjadi panduan kehidupan) pasti kamu tidak akan sesat selama-lamanya , Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku ( Al-Hadith)”

Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,

Jalan kemuliaan, keselamatan, kebahgiaan dan kesejahteraan terbuka luas di hadapan kita. Ayuhlah kita rebut peluang keemasan ini. Marilah kita kembali mendidik diri,anak, isteri, saudara, sahabat dan seumpanya  kepada pusaka peninggalan Junjungan Besar Muhammad s.a.w…. Al- Quran dan As-Sunnah.

Snapshot_20090525_2

Disediakan Oleh:

Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam

Imam Masjid Sungai Rokam Ipoh

Ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimin M’sia Cawangan Ipoh

Jurulatih dan Sukarelawan Aman Palestin Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: