Sejarah Hitam 15 Mei 1948

Foto 0066

(keterangan gambar : Dari kiri Dr Mohsen Soleh, A.F Ustaz Abdullah Zaik, Dr Abdullah Azzam Dan Saya … semasa waktu rehat… Kursus Jurulatih Aman Palestin, Uniten Bangi)

Peristiwa Hitam Ummat Islam Sedunia Tragedi 15 Mei 1948,

Wahai Sebaik-baik Ummat,

Bangunlah dari lena kalian. Musuh-musuh kita khususnya Zionist durjana telah berpesta sejak 61 tahun yang lalu di bumi bernama Palestin. Pada tanggal tersebut lebih 800,000 saudara kita di Palestin dikeluarkan secara paksa dari tanahair mereka. Sehingga ke  hari ini mereka merupakan pelarian terbesar didunia dan terpanjang dalam sejarah kemanusiaan. Angka 800,000 itu telah bertukar kepada bilangan 7 juta pelarian Palestin hari ini yang dinafikan hak mereka untuk kembali ke kampong halaman tercinta.

Tarikh 15 mei sepatutnya disambut oleh kita dengan menunjukkan sikap keprihatinan dan sokongan kita kepada saudara seagama di bumi suci Palestin. Di samping menzahirkan ketidakpuasan hati kita kepada kewujudan Negara Israel yang dijaga oleh Amerika dan kuncu-kuncunya. Palestin diibaratkan oleh para sejarawan Islam sebagai Jantung Hati Umat Ini. Cubalah kita bayangkan kalau seseorang manusia itu ditimpa penyakit jantung sudah tentu dia bersegera mencari jalan untuk merawati penyakit tersebut dengan secepat mungkin. Tetapi amat malang bagi ummat ini, mereka tidak menyedari bahawa jantung hati umat ini sedang dikuasai musuh dan menjadi pusat untuk gerakan menentang kebangkitan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Zionist Antarabangsa dengan kerjasama kuasa-kuasa besar dunia telah merancang untuk tidak membenarkan ummat ini bangkit dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniah dan memecah belahkan kekuatan umat Islam. Mereka memastikan bahawa setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah tidak akan ada kuasa Islam lain yang akan menggantikannya. Untuk menjayakan hasrat ini mereka mengambil keputusan untuk membenarkan Yahudi Zionist berkuasa di Palestin.

Tujuan utama pendudukan Yahudi disana sebenarnya ialah untuk memisahkan kesatuan dan kekuatan umat Islam antara 2 benua iaitu Asia dan Afrika. Bahkan ia juga bertujuan untuk memastikan pengaruh Islam tidak akan berkembang ke Eropah. Sebenarnya Palestin dengan benua eropah hanya  dipisahkan dengan jarak tidak sampai 200 km. Amat malang bagi umat Islam ketika perancangan jahat ini berlangsung mereka berada dalam situasi yang amat lemah. Ini memudahkan musuh-musuh Islam menjayakan rancangan mereka. Satu noktah penting yang perlu kita ingat bersama ialah kekuatan ummat islam dinilai dengan kekuasaan di bumi Palestin. Sekiranya Bumi Palestin berada ditangan kekuasaan Umat Islam bermakna ketika itu umat Ini berada dalam keadaan kuat. Mereka memerintah dunia, Islam didaulatkan, Allah diagungkan dan Perjuangan Nabi S.a.w ditegakkan. Namun begitu sekiranya bumi ini berada di tangan musuh beerti ummat Islam berada dalam keadaan lemah, Jauh dari Allah, meminggirkan perjuangan Nabi S.a.w dan dimamah oleh musuh-musuh mereka. Seandainya di sana ada usaha untuk kembali membebaskan bumi Palestin dan memartabatkan Islam disana beerti  ummat sedang kembali membina kemuliaannya…. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan ini.

Wahai Ummat Pilihan,

Marilah sama-sama kita memuhasabah diri sejauhmana kita mendidik diri untuk kenal dan dekat dengan Allah. Sekiranya kita Berjaya berbuat demikian itu adalah antara sumbangan terbesar  kita kepada perjuangan ummat Islam di Palestin. Ini adalah kerana apabila telah lahir manusia yang kasih dan cintakan Allah sudah pasti dia tidak akan redha bumi suci Umat ini berada ditangan musuh.  Oleh itu ayuhlah kalian, didiklah diri kita dengan Al-Quran dan ikutilah pedoman dari Sunnah Nabi junjungan. Dari sinilah langkah kemenangan Ummat bermula…..Allahu Akbar Walillahilhamd.

Ust Shaharuzzaman Bin Bistamam

Ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Ipoh.

25/05/2009 30 Jamadilawal 1430.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: