Pertukaran Qiblat 1431H

Khutbah Jumaat : Pengajaran daripada peristiwa “Perubahan Qiblat”1431H

ان الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا من يهد الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي الله. أشهد ان لااله الا الله وحده لا شريك له وأشهد ان محمدا عبده ورسوله.

قال الله تعالى :

سيقول السفهاء من الناس ما ولهم عن قبلتهم التى كانوا عليها قل لله المشرق والمغرب يهدى من يشاء الى صراط مستقيم (142) وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا الشهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا وماجعلنا القبلة التى كنت عليها الا لنعلم من يتبع الرسول ممن ينقلب على عقبيه وان كانت لكبيرة الا على الذين هدى الله وما كان الله ليضيع ايمانكم ان الله بالناس لرءوف رحيم (143) قد نرى تقلب وجهك فى السماء فلنولينك قبلة ترضاها فول وجهك  شطر المسجد الحرام وحيث ما كنتم  فولوا وجوهكم شطره وان الذين أوتوا الكتاب ليعلمون الحق من ربهم وما الله بغافل عما يعملون (144

اللهم صل وسلم على هذا النبي الأمي وعلى أله وصحبه أجمعين.

أما بعد, فيا عبادالله اتقوا الله أوصيكم واياي بتقوى الله ففد فاز المتقون.

Sidang Jumaat yang dimulaikan Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian agar kita sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah kerana sesungguhnya ia merupakan anak kunci untuk mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Para Sahabat Nabi s.a.w  sering menceritakan kesah dan peristiwa yang berlaku kepada Baginda s.a.w sebagaimana mereka menyuruh anak mereka menghafal Al-Quran. Kesan daripada usaha murni ini lahir generasi yang cintakan dan sayangkan baginda s.a.w dengan sebenar-benarnya. Mereka cintakan nabi s.a.w  bukan sekadar menyanjungnya di dalam hati tetapi diterjemahkan melalui tindakan dan perlakuan mentaati perintah dan suruhan baginda s.a.w dalam realiti kehidupan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ayat yang saya bacakan dipermulaan khutbah tadi bermaksud:

142. orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya Yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat Yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (Wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah Yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus”.

143. dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

144. Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang mereka lakukan. (surah al-baqarah).

Ayat ini adalah menceritakan satu peristiwa besar yang berlaku kepada nabi s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w  di dalam bulan syaaban tahun 2 hijrah iaitu peristiwa pertukaran kiblat dari masjidil aqsa di Palestin ke masjidil haram di mekah almukarramah.

Sesungguhnya peristiwa ini mengandungi beberapa noktah penting yang sepatutnya di fahami oleh kita umat Islam antaranya:-

1)    Membongkar Pembohongan Ahli Kitab yang mendakwa mereka mentaati perintah Allah dan Para utusan Ilahi.

2)    Hubungan Ajaran Ar Rasul s.a.w dengan Abu Anbiya’ iaitu Nabi Ibrahim yang merupakan asal keturunan Ahli Kitab khususnya orang-orang Yahudi.

3)    Al-Quran dan As-sunnah adalah rujukan utama sepanjang zaman bagi ummat Islam berhadapan dengan pelbagai isu dan permasalahan.

4)    Ummat Islam sebagai ummat Pilihahn Ilahi perlu mempunyai identiti dan jatidiri tersendiri berbanding dengan golongan Ahli Kitab yang menyeleweng dari kebenaran.

5)    Masjidil Haram dan Masjidil aqsa adalah tanah suci ummat Islam yang mesti dipelihara kemuliaan dan kesuciaannya.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Setelah nabi s.a,w menerima kefardhuan Solat Lima waktu sehari semalam dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj, Baginda s.a.w menunaikan solat dengan mengadap ke masjidil aqsa walaupun masjidil haram berada berdekatan dengan baginda s.a.w. Setelah Allah memerintahkan Nabi s.a.w dan para sahabat berhijrah ke madinah, mereka masih bersolat mengadap ke masjidil aqsa. Kesempatan ini digunakan oleh Ahli kitab khususnya golongan Yahudi di Madinah untuk menyebarkan salah faham terhadap ajaran Islam. Mereka mengatakan bahawa ajaran mereka lebih benar dan layak untuk diikuti kerana Allah memerintahkan solat kearah masjidil aqsa lebih dahula dari ajaran Muhammad. Ini mengakibatkan nabi s.a.w berasa gundah gelana dan tidak selesa untuk solat mengadap kearah tersebut. Akhirnya Allah s.w.t memperkenankan hasrat hati Rasulullah dengan mengarahkan baginda s.a.w dan para sahabat bersolat mengadap ke masjidil haram. Peristiwa ini telah memberi tamparan hebat kepada orang-orang Yahudi mereka sudah tidak mempunyai alasan lagi untuk mengatakan ajaran mereka lebih benar dan tepat. Mereka terus menyebarkan fitnah konon nabi s.a.w sengaja menukar kiblat tersebut dan baginda adalah seorang yang tidak tetap pendirian sedangkan mereka mengetahui bahawa arahan tersebut adalah datang dari Allah, tuhan mengarahkan nabi bersolat mengadap ke masjidil aqsa sebagaimana mengarahkan juga akhirnya untuk nabi solat ke masjidil Haram. Orang-orang Yahudi telah mengingkari arahan Ilahi ini dan Allah membongkar pembongan mereka.

Firman Allah:

ولئن أتيت الذين أوتوا الكتاب بكل ءاية ما تبعوا قبلتك وما أنت بتابع قبلتهم وما بعضهم بتابع قبلة بعض ولئن اتبعت أهواءهم من بعد ما جاءك من العلم انك اذا لمن الظالمين (145

145. dan Demi sesungguhnya! jika Engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, akan Segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan Engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian Yang lain. Demi sesungguhnya! kalau Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), Sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang Yang zalim.

Sidang Jumaat Yang dimulaikan Allah,

Daripada peristiwa ini juga kita dapat  memahami bagaimana sikap para sahabat dalam berhadapan dengan syubhat dan fitnah yang disebarkan oleh Ahli Kitab ini. Rujukan mereka adalah Al-Quran dan As-Sunnah nabi s.a.w. Mereka terus mempraktikan arahan dan perintah Allah tanpa mempedulikan sikap ahli kitab yang cuba memesongkan mereka dari kebenaran.

Sikap inilah yang perlu di contohi oleh kita sebagai ummat Islam penerus perjuangan sahabat nabi s.a.w. Cuba kita lihat semula kehidupan yang kita lalui hari ini? Adakah Al-Quran dan As-Sunnah kita jadikan sebagai panduan dalam menentukan agenda kehidupan dan mengisi program hidup kita. Inilah permasalahan utama yang sewajarnya kita fikirkan bersama…. Sesungguhnya kemuliaan kita adalah di nilai berdasarkan dekat dan jauhnya kita dalam melaksanakan segala suruhan dan menjauhkan tegahannya yang terkandung dalam al-quran dan As-sunnah. Segala kebejatan sosial yang berlaku dalam masyarakat melayu muslim hari ini samada perzinaan, pembuangan anak luar nikah, judi, arak, rasuah, dadah dan seumpamanya tidak akan berakhir sekiranya kita terus meminggirkan petunjuk keselamatan yang telah Allah tentukan kepada kita iaitu Al-Quran dan As- Sunnah.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah,

Dari mimbar suci ini, saya ingin mengingatkan dan menegaskan bahawa masjidil haram dan masjidil aqsa adalalah tanah suci bagi seluruh ummat Islam tanpa mengira keturunan, warna kulit, bangsa dan juga bahasa. Kedua-dua tempat ini menjadi kewajipan kita ummat Islam  mempertahankannya kesucian dan kehormatannya hingga titisan darah yang terakhir.

Apa yang sedang berlaku di Palestin sekarang adalah bukti jelas betapa ummat ini terlalu lemah, berpecah belah dan jauh dari petunjuk Al-Quran. Adalah menjadi kwewajipan kita untuk kembali membina kekuatan ummat bermula dengan diri kita, bermula dengan menunaikan solat lima waktu, bermula dengan menjadikan redha Allah sebagai agenda utama kehidupan kita.

Sekiranya ini Berjaya kita lakukan, Allah pasti akan menolong kita membebaskan palestin dari cengkaman yahudi durjana, menyelamatkan masjidil aqsa dari diruntuh oleh puak pelampau yahudi sedunia. Ayuhlah kembali kita makmur rumah-rumah Allah agar ia menjadi tempat melahirkan kembali generasi gemilang ummat ini seperti generasi didikan saidina Umar Al Khattab dan Panglima Solahuddin Al Ayyubi yang telah membebaskan masjidil aqsa dari kehinaan.

Sabda Nabi s.a.w.

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود  فيقتلهم المسلمون حتى يختبىء اليهودي من وراء الحجر والشجر   فيقول الحجر او الشجر يا مسلم  يا عبدالله  هذا يهودي  خلفي  فتعال فاقتله

Tidak akan berlaku hari kiamat hinggalah orang Islam memerangi orang Yahudi, lalu orang Islam berjaya membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, marilah ke sini dan bunuhlah dia.  (Riwayat Muslim )

Sakit senang sama ditampung,

Laba rugi sama diuntung,

Beban dan hutang sama ditanggung,

Di dalam sempit sama berlindung,

Bila karam sama mengapung,

Hukum Allah  sama dijunjung,

Petua amanah sama dikungkung,

Sama ke teluk sama ke tanjung,

Sama seperiuk sama selesung

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat 23/07/2010 bersamaan 11/Syaaban/1431

Disediakan Oleh: Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam

Pengerusi Aman Palestin Cawangan Perak

Ketua Biro HRD ISMA Cawangan Ipoh

Pensyarah Akademi Ikatan Muslimin (AIM) Ipoh

Imam Masjid Kampong Sungai Rokam, Ipoh

Comments
3 Responses to “Pertukaran Qiblat 1431H”
  1. salmah binti mat junoh berkata:

    ALLAHUAKBAR!!!

  2. fikrie berkata:

    masih ad ke umat islam menggunakan kiblat aqsa sebagai panduan???

    • ibntamam69 berkata:

      Salam, saudara tajuk tu ditulis 1431H bukan bermakna masih ada orang islam yang bersolat mengadap ke masjidil aqsa tetapi sebagai maklumat tajuk baru untuk tahun hijri baru sebab sebelum ni dah ada entri tajuk tu…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: