Pertukaran Qiblat dan Bahaya Yahudi

palestine_hamas_victory_IPE_20070115

Pertukaran Qiblat dan Bahaya Yahudi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  ketaatan kepadaNya dan menjauhi laranganNYa. Sesungguhnya inilah caranya untuk kita mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  144 surah al-Baqarah :

ôقد نرى تقلب وجهك فى السماء فلنولينك قبلة ترضىها فول وجهك شطر المسجد الحرام وحيث ما كنتم فولوا وجوهكم شطره وان الذين أوتوا الكتاب ليعلمون أنه الحق من ربهم وما الله بغافل عما يعملون

144. Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang mereka lakukan.

Kita sekarang berada pada bulan Sya’aban, yang pernah melakar beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya peristiwa perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke  arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis.

Antara pengajaran besar dari peristiwa ini ialah:-

  1. Allah s.w.t menempelak kaum Yahudi dengan penukaran qiblat ini supaya tidak terus bongkak, sombong, degil dan membelakangkan kebenaran yang sememangnya mereka ketahui.
  2. Allah s.w.t memakbulkan permintaan Rasulullah s.a.w supaya qiblat umat baginda dikembalikan ke masjidil haram. Ini adalah satu kemuliaan bagi kita kerana masjidil haram adalah rumah ibadah yang pertama dibina diatas mukabumi ini dan ia juga adalah Qiblah Khalilullah Ibrahim a.s.
  3. Sebagai ingatan kepada umat Islam agar tidak tertipu dengan tipu daya Yahudi yang dilaknati Ilahi. Ini mengingatkan kita supaya tidak sekali-kali mengikut jejak langkah Yahudi apatah lagi mengikut telunjuk mereka.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya peristiwa penukaran qiblat ini adalah bukti yang nyata terhadap keingkaran Yahudi terhadap perintah Allah. Bahkan ia adalah bukti yang jelas terhadap pembohongan mereka kepada Ilahi. Sebelum ayat ini diturunkan mereka mendakwa bahawa ajaran mereka adalah yang benar dari Allah sebab itu nabi Muhammad menunaikan solat mengadap  kearah qiblat mereka di Baitul Maqdis Palestin. Namun apabila Allah memerintahkan Rasulullah supaya mengadap kearah Masjidil Haram orang-orang Yahudi enggan menerima dan mematuhinya. Sebaliknya mereka menyebarkan syubhat kepada para sahabat nabi bahawa segala apa yang dibawa oleh Rasulullah ada rekaan dan ciptaan baginda sendiri. Mereka juga menimbulkan keraguan kedalam hati para sahabat dengan mengatakan segala ibadat solat mereka yang lalu telah tidak diterima Allah s.w.t. Begitulah antara pembohongan dan syubhat yang cuba disebarkan oleh orang-orang Yahudi semasa Rasulullah masih hidup sedangkan mereka mengetahui kebenaran ajaran baginda s.a.w.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Sejarah telah membuktikan bahawa sikap suka melakukan pembohongan oleh orang Yahudi ini bukan berlaku di zaman Rasulullah sahaja bahkan berterusan hingga ke hari ini. Antaranya pembohongan yang nyata yang dilakukan oleh orang Yahudi sejak dahulu hingga kini ialah:-

  1. Mereka mendakwa mereka adalah bangsa pilihan tuhan untuk memimpin agama samawi dan memerintah dunia. Mereka menganggap manusia selain Yahudi adalah hamba yang dihidupkan untuk memenuhi cita-cita orang Yahudi.Bahkan golongan yang layak untuk masuk syurga adalah Bangsa Yahudi sahaja. Sedangkan pandangan Islam dalam perkara ini adalah amat berbeza. Kemuliaan seseorang bukan berpandukan kepada bangsa, keturunan, nama mahupun warna kulit. Kemuliaan mengikut neraca Islam dinilai dengan ketaatan dan ketaqwaan kita kepada segala perintah Allah tanpa mengira bangsa, keturunan, nama ataupun warna kulit seseorang itu.
  2. Dakwaan mereka bahawa rumah ibadat mereka iaitu “ The King Soloman Temple” berada ditempatkan Masjidil Aqsa sekarang. Dengan sebab itu mereka berusaha untuk meruntuhkan tempat nabi di isra’ dan di mi’rajkan ini dengan bersungguh-sungguh. Terowong-terowong telah digali di bawah masjidil Aqsa sejak tahun 1967 hingga kini dengan alasan mencari kesan sejarah kononnya wujud bukti sejarah kewujudan “The King Soloman Temple” di bawah Masjidil Aqsa.

Ini juga adalah merupakan satu pembohongan yang nyata Masjidil Aqsa adalah merupakan rumah ibadat yang kedua dicipta Allah diatas mukabumi ini iaitu 40 tahun setelah terbina Masjidil Haram. Masjidil Aqsa menjadi symbol ajaran tauhid sejak zaman berzaman yang sewakjarnya kemuliaan tempat ini dipelihara oleh ummat Islam. Sebenarnya tujuan utama penggalian terowong adalah untuk melemahkan binaan asas Masjidil Aqsa dan akhirnya meruntuhkannya. Inilah antara jenayah terkutuk yang sedang dilakukan oleh Orang-orang Yahudi di bumi Palestin. Bukan hanya umat Islam disana dibuang Negara, dizalimi dan seumpamanya bahkan masjid suci itu sendiri ingin diruntuhkan oleh Yahudi.

Peristiwa pertukaran qiblat ini juga memberi pengajaran besar kepada kita umat Islam, agar kita mesti memerdekakan diri kita, daripada mengikut jejak langkah musuh Islam terutama yahudi dalam setiap aspek kehidupan samada dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Selagi sistem yang digunakan oleh oleh umat Islam masih berqiblat kepada sistem kuffar maka selagi itulah kita terus mundur dan terjajah dalam negara sendiri. Ingatlah Orang-orang Yahudi pastikan akan berusaha menghapuskan Islam dari berkuasa diatas mukabumi ini dengan apa cara sekalipun. Adalah menjadi menjadi kewajipan umat Islam untuk mengenali tidudaya dan segala perancangan jahat Yahudi sedunia khususnya yang dipelopori oleh Gerakan Zionisme dan Free Manson. Dua gerakan yang bergerak diseluruh dunia untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam dengan berbagai pendekatan dan cara.

يريدون ليطفئوا نورالله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون

8. mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).

ولن ترضى عنك اليهود ولاالنصارى حتى تتبع ملتهم قل ان هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا نصير

120. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Disediakan Oleh:

Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam

Ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimimin M’sia (ISMA) Cawangan Ipoh

Imam Masjid Jami’ Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam, Ipoh.

Comments
6 Responses to “Pertukaran Qiblat dan Bahaya Yahudi”
  1. ibnyusoff berkata:

    assalamualaikum ustaz..mohon untuk ambil sebagian isi khutbah ini dalam proses membuat artikel berkaitan bulan sya’ban

  2. siti hajar berkata:

    assalamualaikum ustaz….sy mohon izin mengambil artikel ustaz nie untuk dijadikan rujukan dalam assignment sy yg bertajuk orang yahudi:sejauhmana perkembangannya…
    harap diberkati..

    • ibntamam69 berkata:

      Waalaikumsalam…. timakasih kerana sudi singgah di blog ini. Boleh je ambil bahan tu… semoga perjuangan saudara kita di bumi palestin bumi barakah terus bersemarak disanubari kita dan dapat diterjemahkan dalam bentuk yg praktikal…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: