Ikhlaskan Niat Ketika Memulakan Sesi Pembelajaran 2009
Assalamualaikum Warahmatullah,
Sidang Pembaca Yang Dirahmati,
Sesi persekolahan tahun 2009 bermula hari ini 05 Januari 2009. Isma cawangan Ipoh mengucapkan selamat memulakan sesi 2009 dengan jayanya. Untuk semua warga murid dan pelajar muslimnya khususnya diharapkan agar membetulkan niat hadiran ke sekolah. Pastikan niat kita menuntut adalah kerana Allah. Semoga dengan itu pembelajaran kita akan diberkati menjadi ibadah dan jihad di jalan Allah.
Sempena dengan permulaan sesi 2009 ini saya menyeru para ibubapa agar melihat kembali sejauhmana kita mengambil berat soal persekolahan anak-anak kita. Sebenarnya mereka amat menantikan perhatian dan keprihatinan kita terhadap persekolahan mereka. Janganlah kita jadi golngan yang berpandangan apabila anak-anak telah dihantar ke sekolah maka segala tanggungjawab ibubapa berkaitan pendidikan telah berakhir. Ini adalah satu persepsi yang tidak betul yang mesti dijauhi.
Di samping guru, ibubapa juga memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak belajar dengan sempurna. Ibubapa juga memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang cukup. Ilmu Fardu Ain yang asas berkaitan dengan ibadah fardhu khususnya mesti dimiliki oleh mereka. Apatah lagi perkara yang berkaitan dengan masalah aqidah dan keimanan amat penting untuk diambil berat oleh para ibubapa. Kita kena pastikan anak kita memiliki benteng dan asas yang cukup untuk menghadapi cabaran persekitaran yang semakin membimbangkan.
Sesungguhnya Islam amat memuliakan ilmu pengetahuan dengan sebab itu wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah adalah surah al-Alaq atau lebih di kenali oleh orang kita dengan surau iqra’. Elemen membaca dan menulis adalah berkait rapat dengan ilmu pengetahuan.
Seorang tokoh ilmuwan barat pernah mengatakan: “When you stop reading, you will stop leading”. Semoga bermanfaat untuk ingatan bersama.
May 2, 2009 at 11:50 pm
salam muallimuna almuhtaram,
kami disini dalam rentak kesungguhan kami
mohon doa dan ikatan ant kita diperkuatkan lagi
salam rindu dari anak murid muallim
*kejayaan kita adalah dakwah kita*
May 3, 2009 at 7:41 pm
salam muallim.
kif hal muallim ? sangat berminat dgn penulisan2 org-org lama. moga dpt sentiasa berikan tunjuk ajar dan panduan kpd org2 baru dlm beramal.
doakan kami tafawwuq dalam imtihan ligayy.
salam kpd ikhwah di sana.
syamil esa,
kuliyah syariah islamiah,
Al-Azhar Tanta, Mesir.
May 7, 2009 at 4:11 am
Assalamualaikum.
Kurang dua minggu, sudah 3 post? Aktif banget ni! Keren!
Ridzuan Mazaki yang inform; mllm ada blog. Bagus juga, senang nak tahu perkembangan dan khabar antum semua di Ipoh.
May 20, 2009 at 6:36 pm
Waalaikum salam… Alhamdulillah para pengajar Stam di Al-Hidayah sihat2 jee. Muallim Najib tentu banyak cerita dengan antum di sana… bila dia nak balik? Semoga segala urusan antum dipermudahkan Ilahi. Teruskan perjuangan mendidik diri kerana ia merupakan aset terpenting kita bertemu Ilahi…Semoga berjaya dalam peperiksaan dan perjuangan…
May 7, 2009 at 10:45 am
ibn tamam? er~~
assalamualaikum utk muallim..
May 20, 2009 at 6:29 pm
Waalaikum salam… kaifahaluka ya thaqiib.. maaf lambat respon. Nie baru sempat bukak internet. Di Alhidayah pun sedang sibuk peksa. Muallim sentiasa doakan kejayaan kalian dalam pembelajaran dan perjuangan suci ini…
May 8, 2009 at 1:32 am
assalamualikum
kaifa halak???
wahasytunii awiiy!!
moga terus thabat. doakan kami dimesir.
wslm
May 20, 2009 at 6:25 pm
Waalaikumsalam… Alhamdulillah bikhair…. semoga sentiasa success dalam pembelajaran, mencari hakikat kehidupan dan perjuangan. Jzkk kerana sudi singgah di blog ini.